Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, March 26, 2013

Bohong adalah jenama politik Pakatan Rakyat





Oleh Shukri Mohamad

Satu ciri kepemimpinan Pakatan Rakyat ialah berbohong. Tabiat buruk ini amat ketara di kalangan pemimpin muda pembangkang. Ia membayangkan seolah-olah bohong ialah subjek utama dalam kurikulum perkaderan politik mereka.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pernah menuduh bahawa Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli Umno.

Saifuddin mendakwa beliau bersandarkan maklumat daripada senarai keahlian Umno sendiri bahawasanya Wan Ahmad Wan Omar, kad pengenalan bernombor 490101-03-5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah ahli Umno bernombor 2374564 di cawangan Kubang Bunggor, Bahagian Pasir Mas, Kelantan.
Tujuan beliau jelas. Jika benar Timbalan Pengerusi SPR ialah ahli Umno maka tidak mungkin SPR akan berlaku adil ketika mengendalikan pilihan raya. Natijahnya ialah ia akan merobek wibawa SPR dan menyemai kebencian terhadap suruhanjaya itu.

Tabiat buruk PKR tidak bertamadun

Oleh kerana cara pendedahan itu dibuat dengan penuh nafsu dan semangat ia segera menular menjadi agenda perbincangan rakyat pelbagai lapisan.

Namun apabila diteliti nama Wan Ahmad Wan Omar yang didedahkan oleh Saifuddin itu bukanlah Timbalan Pengerusi SPR. Beliau ialah seorang peniaga makanan.

Apabila kebenaran terbentang luas, penipuan dan kerja jahat itu hanya dipendam begitu sahaja. Tiada permohonan maaf daripada Saifuddin mahupun partinya.

Kesalahan beliau menggunakan identiti orang lain untuk memburukkan kredibiliti SPR amat kurang bertamadun.

Tabiat buruk PKR berterusan

Tabiat buruk ini ditiru oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Anak muda yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini membuat pembohongan yang sama.

Beliau menuduh seorang penulis blog, Papagomo atau Wan Muhd Azri Wan Deris adalah pengundi hantu. Kononnya Papagomo disenaraikan di dua pusat mengundi iaitu di Wangsa Maju dan Ampang.

Rafizi mendakwa nama Wan Muhd Azri Wan Deris dicabut daripada senarai daftar pemilih SPR. Ternyata dakwaan Rafizi itu satu pembohongan.

SPR tidak memelihara pengundi hantu dalam daftar pemilihnya. Yang SPR daftarkan adalah dua lelaki yang berbeza tetapi mempunyai nama yang sama dengan Papagomo atau Wan Muhd Wan Deris.

Wan Muhd lahir pada 8 April 1983 sementara Wan Muhammad lahir pada 21 Januari 1983. Mungkin kerana semangat yang meluap hendak memburukkan nama baik dan wibawa SPR serta Papagomo, Rafizi tidak bersikap teliti.

Betapa bahayanya jika Malaysia dipimpin oleh orang yang tidak teliti

Amat bahaya jika Malaysia dipimpin oleh orang yang tidak teliti dan mudah dikuasai oleh rasa hasadnya sendiri.

Rafizi langsung tidak beradab untuk meminta maaf dan membuat pembetulan. Seperti Saifuddin, Rafizi juga hanya mendiamkan diri. Jika Rafizi benar seorang akauntan bertauliah tentu dia akan bersikap lebih rapi dan adil.

Beliau juga perlu insaf bahawa dalam daftar pemilih SPR ada ramai yang mempunyai nama yang sama. Cuba Rafizi teka mana satukah di antara ramai Rafizi di bawah ini adalah butir peribadi beliau.





 Ahli politik PR dilatih untuk menyemarakkan kebencian

Jika inilah cerminan mutu kepemimpinan Pakatan Rakyat, tentu Malaysia dalam keadaan berbahaya. Ahli politik seperti Saifuddin dan Rafizi nampaknya memang dilatih untuk menyemarakkan kebencian.

Bagi mereka berbohong adalah lumrah dalam politik. Jika benar demikian, apakah kepemimpinan Pakatan Rakyat lebih baik daripada pemimpin politik sedia ada yang sering mereka tuduh sebagai tiada integriti?

"Siakap, senohong, gelama, ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi menteri".

Pemimpin PAS juga tidak terkecuali dari sikap berbohong

Demikian nampaknya matlamat politik dua pemimpin PKR ini. Malangnya dalam PASpun tidak jauh berbeza. Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Nizar Jamaluddin pun mempunyai tabiat yang sama.

Beliau mendakwa kerajaan sudah berbuat aniaya pada keluarga dan waris mangsa buruh paksa landasan maut di Burma dalam Perang Dunia Kedua.


Baca selebihnya di sini




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...