Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, March 06, 2013

Mayat 13 pengganas Sulu ditemui




Pasukan keselamatan Malaysia menjumpai sebuah kubur yang menempatkan sembilan jenazah penceroboh Sulu di Kampong Tanduo, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Gambar kubur itu dengan operasi susulan pasukan keselamatan diedarkan kepada media pada sidang akhbar di sini petang tadi.

Zahid mengesahkan bahawa pasukan keselamatan juga merampas sejumlah senjata yang digunakan dalam melancarkan serangan semalam yang menyaksikan tentera dan polis melancarkan Ops Daulat untuk menghapuskan ancaman pengganas berkenaan.
 
"Ini adalah bukti ..mayat yang kita sudah temui. Kini kami dalam proses mengesan mayat-mayat yang lain,” kata beliau.

Setakat ini 13 pengganas disahkan mati dalam serangan yang dilancarkan oleh angkatan tentera-polis bersama bantuan jet pejuang dan kereta kebal.

Operasi itu dilancarkan selepas usaha mencari penyelesaian diplomatik selama tiga minggu buntu. Dalam pertempuran awal sebelum ini, lapan anggota polis gugur manakala 12 pengganas ditembak mati.  

Dalam operasi semalam, tidak ada kecederaan di pihak pasukan keselamatan.


Dipetik dari sini



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...