Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, March 06, 2013

Ahli PAS buat laporan polis terhadap Tian Chua




Kenyataan biadab Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO turut menimbulkan kemarahan ahli PAS.

Ekoran itu, seramai enam orang ahli parti tersebut tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.
 
Menurut wakil kumpulan itu, Mohd. Nabi Bax Mohd. Nabi Abdul Sathar, 61, laporan tersebut bertujuan membolehkan polis mengambil tindakan segera kerana kenyataan Tian Chua boleh menimbulkan suasana tegang dalam kalangan penduduk di negara ini.

Beliau yang juga ahli PAS Gombak dan tinggal di Teluk Air Tawar di sini berkata, kenyataan Ahli Parlimen Batu itu dilihat sebagai cubaan menghasut rakyat supaya takut dengan UMNO seolah-olah parti tersebut yang menimbulkan kekecohan di Lahad Datu.

Sebagai ahli PAS katanya, beliau sangat kecewa dan malu dengan parti itu yang masih sanggup bekerjasama dengan PKR yang mempunyai pemimpin cetek akal fikiran seperti Tian Chua.

"Para pemimpin PAS, PKR dan DAP sepatutnya memberi nasihat kepada Tian Chua kerana mengeluarkan kenyataan yang sensitif.


Baca seterusnya di Portal Berita Mychannel13




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...