Ibarat syaitan yang kerjanya menghasut, memang tepat kalau nak gambarkan perangai pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat. Hidup mereka-mereka ini seolah-olah tak lengkap kalau sehari tak menghasut rakyat supaya membenci pemerintah di negara ini dari sekecil-kecil jawatan sehingga ke tahap raja-raja dan sultan diburukkan mereka di mata rakyat.
Hari ini, Ketam sempat join Konvensyen Antarabangsa Pendidikan (KAP) kat UNISEL di mana speaker time Ketam sampai itu adalah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Tak dinafikan, kalau Ketam adalah salah seorang student yang dengar hujah Rafizi, confirm Ketam akan terpengaruh dan akan menyanjung tinggi beliau sebagai seorang tokoh yang betul-betul prihatin tentang keadilan sosial dalam masyarakat.
Itu kalau Ketam student lagilah. Tapi sekarang ni konon da matang ni apa yang dapat disimpulkan dari lebih kurang 40 minit hujah beliau itu adalah, ia lebih fokus di dalam menghentam, membelasah, mengkritik dan membalun kerajaan sahaja..tak lebih dari itu. Majlis tu pada Ketam tak layak dinamakan konvensyen kerana secara peribadi, rasanya ia lebih layak digelar 'Kempen Pilihanraya' kot.
Dan antara perkara yang dibalun Rafizi ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilancarkan Perdana Menteri Sabtu lalu. Bantuan RM500 itu dikatakannya tidak membantu ke arah mobilisasi sosial di dalam masyarakat.
Orang senang seperti Rafizi ni mungkin tak faham bagaimana perasaan orang susah bila dapat RM500. Mungkin jumlah tu pada orang macam beliau, celah gigi je kot. Dan dia tak lihat bagaimana riak muka orang-orang yang dapat duit tu, betapa ceria dan gembiranya wajah mereka. Betapa berterima kasihnya mereka kepada kerajaan yang mentadbir di atas sumbangan tersebut.
Dan kalau kita ingat kembali, dalam Rafizi kritik bantuan tersebut, sebelum ini beberapa pimpinan tertinggi dalam Pakatan ada menyeru penyokong-penyokong mereka ambil sahaja apa yang diberikan kerajaan..buat muka tak malu. Malas ulaslah..
Tapi perkara pokok yang Ketam nak sampaikan adalah janganlah kita hendak menidakkan perkara yang elok hanya semata-mata kita tidak sehaluan dengan seseorang. Yang elok, kita katakan elok..bukannya memburukkan.
Pada Ketam, tindakan Rafizi itu menghina mereka-mereka yang mengambil BR1M itu. Macam mereka ada buat salah pula. Macam tindakan mereka itu seolah-olahnya adalah satu kesilapan besar dalam hidup mereka.
Dan harus diingat bahawa BR1M itu telah masuk versi keduanya di mana inisiatif tersebut diteruskan atas dasar permintaan yang tinggi oleh rakyat sendiri. Makanya bantuan yang diperlekehkan itu besar maknanya kepada rakyat. Lembu macam Rafizi je yang tolak dan hasut orang sama-sama perkecilkannya.
No comments:
Post a Comment