Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, February 02, 2013

2.0 Kerajaan Lebih Bersih dari versi 2.0 atau 3.0 Tajaan Pembangkang



Bertempat di Taman Dagang, Ampang, satu lagi manifestasi 'Janji Ditepati' pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal disaksikan sebentar nanti.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang diumumkan sedikit masa dulu, kini bila-bila masa sahaja akan direalisasikan. Sebentar lagi, Perdana Menteri akan menyempurnakan majlis penyerahannya kepada mereka-mereka yang menepati kriteria penerima.

Apa yang lebih membanggakan adalah apabila ribuan masyarakat berbilang kaum sudah sedia memenuhi arena majlis ini menunggu ketibaan pemimpin nombor satu negara itu sejak dari awal lagi.

Ternyata kehadiran mereka itu bukan kerana mahu menuntut wang semata-mata..Ketam yang pada mulanya agak skeptikal sedikit dengan menganggap kehadiran ribuan orang itu adalah didorong oleh wang semta-mata terpaksa segan sendiri kerana ternyata kebanyakan, (Ketam tak kata majoriti) yangnhadir sebenarnya mahu menyatakan penghargaan mereka terhadap kepimpinan Najib yang telah sentiasa mendahulukan rakyat.

Satu lagi perkara yang terlintas di fikiran Ketam adalah betapa aman dan harmoninya himpunan anjuran kerajaan Barisan Nasional ini..Lebih sedap didengar lagi mungkin, 'Himpunan Versi 2.0' kerajaan. Tidak seperti versi-versi himpunan 'pihak tertentu' yang terbukti kecoh dan bertujuan negatif. Syabas Ketam ucapkan..

p/s - 'tak payah baring atas jalan atau pedih-pedih mata pun..Kumpul elok-elok dapat duit siap..kehkehkeh'...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...