Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, January 20, 2013

Tips Untuk Performance Yang Top! :p



Selamat hari minggu kawan-kawan semua. Semoga cuti hujung minggu kalian bermakna hendaknya. Sementara kalian menikmati hujung minggu, Ketam pula terpaksa berkelana ke negeri ‘Cik Siti Wan Kembang’ atas tuntutan kerja yang perlu dipenuhi. ‘Ada janji yang hendak ditepati’..Hehehe..
Apapun Ketam ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana sepanjang perjalanan ke sini semalam tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Segalanya berjalan lancar..alhamdulillah..Untuk pengetahuan, Ketam dan rakan-rakan semalam main gamble je bawa kereta redah sampai ke sini. Nasib baik semua ok..Namun Ketam nasihatkan kepada kalian supaya tidak mencontohi perbuatan tersebut. Ada pun lebih baik kiranya kalian pastikan terlebih dahulu kereta berada pada kondisi yang baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh..
Untuk itu, posting kali ini Ketam ingin berkongsi petua universal penyelenggaraan kereta untuk manfaat kita bersama..

Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, pastikan:

TAYAR – Peranan utama semasa pemanduan. Make sure tayar kereta tu masih boleh dipakai dan tidak botak. Tayar botak ni merbahaya dan boleh mengakibatkan tayar pecah akibat pemanduan yang terlalu lama.

ENJIN – Sebaiknya kalau dah lebih 3 bulan, servis la kereta dengan menukar minyak hitam dan oil filter. Biar enjin kereta berganti dengan minyak enjin baru untuk perjalanan yang jauh.

BREK – Pastikan pad brek masih lagi tebal dan boleh digunakan.

RADIATOR – Semasa perjalanan jauh, kereta akan menjadi panas dan perlukan angin dan ‘coolant’ untuk menyejukkan bahagian radiator dan enjin. Ramai yang cuma mengisi air sahaja ke dalam tangki radiator. Cuba korang penuhkan tangki radiator dengan ‘coolant’ sepenuhnya. Korang akan perasan aircond akan smooth, enjin juga akan smooth dan penggunaan minyak akan lebih jimat.

‘BALANCING’ DAN ‘ALLIGNMENT’ – Tayar mestilah dalam keadaan yang betul. Kedudukan pusingan tayar yang betul, tidak bengkok, sama seimbang dan selari dengan steering kereta akan menolong korang memandu secara selamat dan ‘comfort’. Rims tayar yang bengkok akan membuatkan pemanduan tidak selesa dan bergegar.

AIR WIPER – Perlu di isi dengan penuh, mana la tau kebetulan korang ikut jalan yang berdebu dan kotor. Kalau nak jimat, isi tangki wiper anda dengan air sabun atau air shampoo. Ia akan menjadikan cermin kereta korang lagi senang di’wipe’ dan cepat bersih.

‘SPARE’ TAYAR – Pastikan tayar ‘spare’ ada angin dan boleh digunakan. Pada yang pakai lock nut, jangan lupa bawak sekali.

AIRCOND – Servis jika perlu. Sebaiknya boleh check dikedai. Kalau kereta baru mungkin tak jadi masalah tapi kalau kereta yang dah lebih 3 tahun, baik tukar penapis filter aircond atau paling teruk, tambah gas aircond.

LAMPU – Lampu headlight signal dan lampu break kenalah berfungsi. Jangan tiba-tiba terbakar pulok. Susah nanti.

Selain itu, benda-benda sampingan seperti jump cable untuk bateri yang lemah, lampu untuk emergency dan payung sediakanlah dalam kereta. Mana la tau kot-kot nak guna nanti.

Last sekali, pemandu kenalah cukup rehat. Takyah nak bawak laju-laju. Jalanraya kat Malaysia ni pun bukannya bagus sangat. Di jalanraya hormatlah orang lain.

Selamat memandu dan selamat sampai ke destinasi






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...