Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, January 19, 2013

PAS harus buktikan ia bukan biang isu kalimah



Oleh Zainal Salleh

[ULASAN] Sekarang sudah jelas bagi seluruh umat Islam di Malaysia untuk menilai siapakah dalang di sebalik gamatnya isu kalimah Allah yang hendak digunakan di dalam bible berbahasa Malaysia.

Sehubungan itu, ia juga menyerlahkan sebab mengapa tiba-tiba dalam Muktamar PAS lalu, Dewan Ulama Syura seolah-olah berpaling arah tidak mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Urutan isu ini mudah sekali difahami. Di ambang 25 Disember lalu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu di seluruh negara.
Kononnya gesaan itu ialah untuk menyeragamkan keperluan penyebaran ajaran Kristian di seluruh Malaysia. Ia seolah-olah mahu menghujahkan bahawa jika pengertian siapa Tuhan boleh diseragamkan dalam Bahasa Melayu di kalangan Kristian, ia akan mudah meningkatkan kefahaman ajaran Kristian di kalangan penganutnya.

Bagaimanapun apabila diasak oleh gerakan bukan kerajaan, ulama dan umat Islam, Guan Eng membuat pusingan-U dengan mengatakan bahawa gesaannya itu ialah untuk dilaksanakan di Sabah dan Sarawak sahaja.

Pembetulan itu dibuat oleh setiausaha politiknya yang kini menjadi anak emas DAP Zairil Khir, anak bekas menteri Umno, Allahyarham Khir Johari.

Rahmat disebalik gesaan Guan Eng

Rakyat tahu itu hanya helah menyelamatkan diri bagi Guan Eng. Namun rahmat di sebalik ujian Guan Eng ialah ia menyerlah siapa harus dipertanggungjawabkan memainkan isu sensitive ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyuguhkan supaya mesyuarat khas Majlis Presiden Pakatan Rakyat dipanggil.

Presiden PAS diberi mandat untuk menerangkan pendirian Pakatan Rakyat bahawasanya menurut konsensus 2010, penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, PKR pula mentafsirkan ia sebagai lesen untuk digunakan dalam bible!

Semangat “syura bainahum”

Dewan Syura Ulama nampaknya mahu menggigit isu kalimah Allah dengan gerahamnya hingga ia berjaya membentangkan kebenaran kepada umat.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempengerusikan mesyuarat Dewan dengan semangat “syura bainahum” (bermesyuarat di kalangan kamu) dan pasrah bahawa sesiapa sahaja boleh berinteraksi menggunakan istilah Allah namun ia tidak boleh diabadikan dalam bible. Ini kerana pengertian Tuhan dalam bible ialah “tuhan itu ada tiga unsur” walhal dalam Islam Allah itu Esa.

Lantas keberangkalian makna istilah Allah itu terpesong atau memesongkan pasti akan lebih kuat menimpa umat Islam daripada penganut Kristian. Jika orang Kristian tergelincir daripada landasan trinity – Tuhan itu Tiga – itu adalah satu rahmah bagi diri dan keluarganya.

Bagaimanapun besarlah malapetaka bagi seseorang muslim jika dipengaruhi pengertian Allah dalam bible bahawasanya “Tuhan itu tiga”. Segala mudarat wajib dielakkan. PAS mesti tegas dengan uslub ini.

Adakah PAS mempunyai iltizam dan keberanian politik?

Namun isunya sekarang ialah adakah PAS mempunyai iltizam dan keberanian politik untuk menunjukkan kepada kepemimpinan beragama Islam di dalam PKR seperti Anwar Ibrahim, anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden, Datuk Saifuddin Nasution (setiausaha Agung PKR) dan Dr Mohd Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR) bahawa ketetapan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat hampir tiga tahun lalu akan membahayakan akidah umat?

Bagaimanapun apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan bahawa PKR menolak pendirian ulama PAS dengan alasan bahawa Dewan ulama hanya sebahagian kecil daripada organisasi PAS maka keputusannya berhubung isu kalimah Allah tidak perlu dipertimbangkan pemakaiannya, maka tanggungjawab memperbetulkan keadaan kini terletak di bahu dua orang pemimpin PAS sahaja.

Yang pertama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau perlu dengan tegas dan jelas menyatakan bahawa partinya tidak lagi menyokong pendirian Pakatan Rakyat 2010.

Kedua ialah Mursyidul Am PAS yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Syura Ulama Ahad lalu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebagai pengerusi beliau wajib memperjelaskan kepada setiap lapisan ahli PAS bahawa PAS tidak akan mengizinkan kalimah Allah digunakan dalam bible.

Tanggungjawab PAS perjelas isu kalimah Allah

Ini adalah satu kewajipan untuk menghindarkan krisis aqidah di kalangan umat, Ia adalah jihad. Lari daripada tanggungjawab ini berdosa dan boleh rosak iman!

Ketetapan Dewan Syura Ulama perlu dihujahkan dengan jelas. Bahawasanya, bahasa asal kitab Injil (kemudian jadi bible) adalah bahasa Greek atau Latin. Dalam kedua-dua bahasa itu tidak ada istilah Allah. Jadi mengapa di Malaysia orang Kristian mahu menuntut penggunaannya dalam bible?

Isunya sekarang bukan kerajaan cuba menginjak hak orang Kristian tidak boleh guna perkataan Allah dalam bible. Ini kerana ia tidak pernah menjadi hak penganut Kristian di mana-mana dan bila-bila jua.


Baca selanjutnya di sini




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...