Seperti yang dijangkakan, semakin kita menghampiri tarikh Pemilihan Umno 2013, semakin hangat nampaknya iklim politik di negara ini. Tidak ada kelihatan tanda-tanda kehangatan ini akan surut nampaknya dalam masa terdekat.
Dan dalam tempoh beberapa hari ini, kita telah disajikan dengan beberapa siri 'kejutan' perihal proses pemilihan parti keramat orang Melayu ini yang menggunapakai kaedah yang baru diperkenalkan untuk sesi pemilihan kali ini.
Ketam juga percaya pada akhirnya nanti, di saat keputusan pemilihan diumumkan, kita akan terdorong untuk 'pura-pura terkejut' dengan senarai barisan kepimpinan yang dipilih melalui proses baru yang diperkenalkan dengan matlamat menjadikan Umno sebagai sebuah parti yang lebih 'demokratik' dan 'inklusif' bersesuaian dengan agenda 'transformasi' bawaan 'Presiden menang tanpa bertanding', Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun hakikatnya Ketam sedar yang Ketam tidak pernah memegang apa-apa jawatan di peringkat Umno bahagian, namun berlandaskan konsep 'aku pedulik apa' seperti yang diterapkan calon yang menentang penyandang ketua sayap 'orang muda' parti itu, Ketam ingin mengingatkan para pimpinannya agar jangan sampai pemilihan kali ini mengakibatkan mereka telan semula kata-kata mereka terhadap proses pemilihan musuh mereka DAP.
Untuk rekod, sebelum ini (bahkan ada yang hingga kini), terdapat ramai pemimpin Umno yang begitu lantang mengkritik proses pemilihan CEC DAP sebagai tidak telus dan demokratik. Namun situasi yang kelihatan ketika ini, ibaratnya 2x5 sahaja.
Sebagai contoh, cakap-cakap mengenai unsur-unsur 'kawtim'/'cowteam' begitu hangat diperkatakan sejak beberapa hari yang lalu. Sebagai seorang yang agak 'naif', Ketam sebenarnya tidak dapat tangkap apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan unsur 'cowteam' itu..Ketam hanya mampu berteka-teki di dalam hati apakah ia mempunyai kaitan dengan susu dutch lady ataupun lembu susu ataupun 'lembu punya susu, sapi dapat nama'.
Tidak pasti samada Ketam menepati syarat-syarat ataupun tidak, namun Ketam tetap mahu meneruskan niat memberikan cadangan kepada mana-mana pemimpin yang bertanding pada pemilihan itu nanti yang sudah tentu akan menjadi 'super ramah' terhadap media sepanjang tempoh pemilihan ini berkenaan isu 'cowteam' dan 'syarat ketaklayakan' PAU 2013 ini.
Berikut adalah 'set cadangan jawapan' yang disediakan Ketam...
Berhubung Isu 'Cowteam'
Berhubung Isu 'Cowteam'
Soalan:
"Cakap-cakap terutamanya di peringkat akar umbi begitu kuat mengenai kewujudan unsur 'cowteam' pada pemilihan kali ini. Jadi sejauhmana kebenaran cakap-cakap tersebut dan tidakkah ia bertentangan dengan objektif parti yang menyasarkan untuk menjadikan pemilihan kali ini lebih demokratik?"
Cadangan jawapan:
"You see, semua orang ada masalah..burung..burung ada masalah..kita kurung dia dalam sangkar, 'ark..ark..'..Lembu..lembu ada masalah..Lembu makan rumput, kita makan lembu..Ibu lembu, ibu lembu pun ada masalah..Ibu lembu kena susukan anak-anak dia..Tapi kita pun minum susu lembu..Masalahkan? Ibu lembu, lawan 'pemegang darjah ketujuh tali pinggang hitam taekwando', ekau akal ado jang!! Mano 'bull'eh!! Jadi tak benarlah ada unsur 'cowteam' di situ ya.. :)"
Berhubung 'syarat ketaklayakan'
Soalan:
"Calon Majlis Tertinggi (MT) yang ditolak pencalonannya, ada yang membandingkan kesnya dengan calon Ketua Pemuda..jadi bagaimana?"
Cadangan Jawapan:
"Sorry..tapi calon MT tu 'bin' Sanusi Junid ke bukan?"
Adios!!!
No comments:
Post a Comment