Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, September 27, 2013

Evolusi Canggih Sistem Pengangkutan, "mySPAD"



Rasanya dalam artikel sedikit waktu dahulu, Ketam pernah membuat pengakuan yang mana Ketam bukanlah seorang penggemar perkhidmatan pengangkutan awam yang ditawarkan di negara ini.

Waktu itu, Ketam beranggapan sistem pengangkutan awam yang ada di negara ini begitu menyedihkan dan daif sekali.

Tapi itu dulu..dan pendirian tersebut dipegang Ketam sehinggalah sekitar tahun 2010. 

Tahun yang sama juga menyaksikan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan 'Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat' (SPAD) dan dipengerusikan oleh pemimpin 'otai', Tan Sri Syed Hamid Albar.

Pada mulanya Ketam akui yang Ketam sedikit skeptikal dengan penubuhan suruhanjaya tersebut. Pada fikiran Ketam, sistem pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia ini ibaratnya tiada harapan untuk diselamatkan lagi.

Namun kini Ketam terpaksa menelan semula kata-kata Ketam itu..lihat sahajalah, dalam tempoh yang begitu singkat ini industri pengangkutan awam negara telah mengalami satu evolusi yang begitu membanggakan. Bahkan perubahan drastik tersebut sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

SPAD di dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan mod pengangkutan awam darat menjadi pilihan utama di negara ini telah berjaya melakukan perubahan yang amat drastik sekali. Satu demi satu pembaharuan serta inisiatif dilaksanakan yang secara tidak langsung menutup mulut-mulut longkang yang sebelum itu memandang rendah akan kewujudannya (termasuklah Ketam :p).

Dan ibarat tidak menoleh ke belakang, satu lagi inisiatif penambahbaikan mutu perkhidmatan pengangkutan awam telah dilaksanakan SPAD baru-baru ini.

Selepas tahun sudah ia melancarkan "aduanSPAD" yang bertujuan untuk memudahkan orang awam membuat aduan terhadap mutu perkhidmatan pengangkutan awam, baru-baru ia telah memperkenalkan pula aplikasi telefon pintar yang dinamakan "mySPAD". 

Menerusi aplikasi yang dibangunkan secara bersama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam termasuklah bas, teksi, rel dan terminal dengan mudah, tepat dan di mana-mana jua. 

Dibangunkan di bawah inisiatif myGov, ia boleh didapati dalam versi Android dan iPhone serta boleh dimuat turun dari 'Google Play Store'.

Menariknya aplikasi ini, ia membolehkan SPAD bertindak dengan segera terhadap sebarang aduan yang dikemukakan kepadanya. Secara tidak langsung, keselamatan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam lebih terjamin dengannya.

Selain itu, menerusinya juga pengguna boleh membuat pengesahan status pemandu teksi, senarai syarikat teksi, semakan bas sekolah yang berdaftar, jadual perjalanan bas, jadual tambang dan juga perjalanan rel selain boleh memberikan maklum balas segera kepada SPAD. 

Contoh:


Dan menjelangnya Tahan Melawat Malaysia 2014 tidak lama lagi, Ketam berpendapat inisiatif daripada SPAD ini tepat pada masanya. Ketam percaya kewujudannya berupaya melancarkan dan memudahkan urusan di samping memberi keselesaan kepada bukan sahaja pelancong asing ke negara ini, tetapi juga kepada kita rakyat tempatan. 

Justeru, sama-samalah kita memanfaatkan kemudahan yang disediakan SECARA PERCUMA ini untuk kesenangan kita bersama.

Adios!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...