Sedikit waktu dahulu Ketam pernah mengulas mengenai bagaimana para pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut tidak terlepas daripada risiko ancaman keselamatan sewaktu menjalankan tanggungjawab mereka. Ulasan mengenainya boleh rujuk di sini
Namun apa yang membanggakan adalah ia sedikitpun tidak menjejaskan minat orang ramai daripada menyertai organisasi ini. Ketam difahamkan SPAD menerusi laman webnya telah menerima sebanyak 15,000 permohonan daripada rakyat Malaysia yang berminat menjadi anggotanya.
Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, dalam badan tersebut berdepan masa depan yang penuh mencabar, jumlah pegawai bukanlah satu elemen yang perlu dititikberatkan. Tapi apa yang penting katanya adalah penekanan kepada aspek kualiti.
Justeru itu beliau gembira apabila dari keseluruhan mereka yang terpilih, 46 darinya adalah graduan.
"Kita tak sangka ramai graduate berminat join. Mereka jalani kursus ini lima minggu. Kita dapat kerjasama baik dari komandan Pusat Latihan Polis Tentera (Pulapot).
"Persekitaran dan lokasi bagus..Alhamdulillah latihan kita berjalan baik," beliau dipetik sebagai berkata.
Dan tahukah anda, buat masa ini SPAD memiliki seramai 402 orang penguatkuasa sahaja..satu jumlah yang sangat sedikit jika dibandingkan dengan agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dengan bilangan yang amat kecil, namun pencapaian yang telah ditonjolkan oleh badan tersebut nyata boleh dibanggakan. Sudah acap kali rasanya Ketam ulas mengenai kejayaan badan ini.
Makanya, terbukti formula 'quality not quantity' yang diterapkan SPAD ini bukan sekadar omong kosong. Syabas Ketam ucapkan..
Adios!!
No comments:
Post a Comment