Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, September 24, 2013

Perkhidmatan Bas Sekolah: Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna



Rasanya ramai yang terlepas pandang mengenai satu inisiatif yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sangat-sangat bermanfaat terutamanya kepada murid-murid sekolah yang menggunakan khidmat bas sekolah.

Tahukah anda bahawa suruhanjaya itu telah mewujudkan satu skim yang dinamakan 'Skim Insurans Murid Sekolah SPAD'? Buat yang terlepas pandang, skim tersebut adalah usaha SPAD di dalam melindungi murid sekolah yang menaiki bas sekolah yang berlesen dengan SPAD dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Inisiatif ini telah mula dilaksanakan sejak awal tahun ini lagi.

Skim ini bukanlah sekadar omong kosong..buktinya, pada 4 September lalu SPAD telah menyerahkan pampasan insurans yang ke-4 bagi tahun ini bernilai RM102,500 kepada keluarga mendiang Eddy Wallfired Eleazer Benjasor. 

Untuk rekod, mendiang telah meninggal dunia dalam kemalangan bas sekolah yang bertembung dengan lori tangki simen pada 23 Ogos 2013 di KM49 Jalan Sandakan-Lahad Datu. 

Melalui Skim Insurans Murid Sekolah SPAD, cek kepada keluaraga mendiang itu meliputi RM100,000 bagi pampasan kematian dan RM2,500 bagi pampasan pengebumian. 

Dan nasihat Ketam kepada para ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk anak-anak mereka agar dapat memastikan syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut berlesen.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..

Adios!!!

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...