Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, September 20, 2013

Bukan Calang-calang, TEKS1M Tepati Piawaian Bertaraf Antarabangsa



Beberapa hari lepas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif SPAD,  Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Dato' Paduka Che Hasni Che Ahmad bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman telah melakukan satu lawatan kerja ke Puspakom bagi meninjau proses pemeriksaan yang dijalankan agensi tersebut terhadap kenderaan yang bakal terlibat dengan program Teksi 1Malaysia (TEKS1M).

Kepada sesiapa yang masih tak tahu, kerajaan sekitar Mac lalu telah mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi individu di bawah program TEKS1M sebagai usahanya menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini selain membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi.

Dan untuk rekod, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani bersama oleh SPAD dan Puspakom pada 24 Ogos 2011 untuk mewujudkan kerjasama di dalam memastikan keadaan kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan adalah sah dan selamat.

Melalui memorandum persefahaman tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk berkongsi maklumat dalam aspek mengesan, merekod dan mengambil tindakan susulan terhadap kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan yang gagal hadir untuk pemeriksaan mandatori di Puspakom dan akan menyalurkan maklumat berkaitan kepada SPAD untuk tindakan lanjut.

Syed Hamid selepas lawatan tersebut melahirkan rasa sukacitanya terhadap proses kelulusan untuk fasa pertama program itu yang disifatkannya menepati piawaian antarabangsa.

Setiap pemeriksaan ujar beliau dijalankan dengan begitu terperinci yang turut meliputi pemeriksaan chasis dan nombor enjin di mana setiap kenderaan yang lepas proses pemeriksaan akan diberi sijil kelulusan.

Dan sedikit maklumat mengenai ciri-ciri TEKS1M yang turut melibatkan kerjasama dengan Proton ini:
  • Lebih lapang & luas untuk keselesaan & simpanan beg
  • ABS, airbag & ciri-ciri keselamatan terkini
  • Kerusi kemasan kulit
  • Saluran penyaman udara khusus bagi penumpang
  • Sistem tempahan & dipatch (navigasi GPS)
  • Kemudahan kad kredit/debit
  • NGV pasang siap di kilang & meter


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...