Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Tanggal 31 Ogos tiba lagi..2013 ini menyaksikan usia kemerdekaan tanah air kita mencecah 56 tahun. Jika manusia, pasti sudah meluangkan masa bermesra dengan cucu-cucu atau paling tidak sedang bersedia untuk menerima menantu.
Dan tempoh lebih sikit separuh abad ini apa yang seharusnya dibanggakan kita yang mengaku cintakan negara ini adalah bagaimana kekal terpeliharanya keharmonian di kalangan sesama kita rakyat Malaysia biar beza warna dan juga agama.
Tipu jika dikata tiada langsung konflik di kalangan rakyatnya, tapi percayalah kaum atau agama itu bukan punca pokoknya. Opportunis bangsat sahaja yang cuba melaga-lagakan kita demi mencapai agenda peribadi durjana.

Susulan daripada itu, di dalam memastikan sambutan memperingati detik bersejarah negara itu berjalan dengan lancar, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan penutupan beberapa jalan secara berperingkat sejak jam 6.00 pagi 27 Ogoa lalu sehinggalah 31 Ogos nanti.
Dan untuk itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan satu kenyataan menggesa orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dalam tempoh tersebut. Kenyataan itu turut menyebut yang perkhidmatan rel seperti Komuter, LRT, ERL dan Monorail bakal beroperasi seperti biasa.
Di dalam memastikan perkhidmatan pengangkutan awam tidak tengendala sepanjang tempoh penutupan jalan tersebut, bas-bas awam akan diberikan keutamaan. Namun begitu, pelaksanaannya bakal menjejaskan beberapa laluan bas RapidKL iaitu U4, U13, U5, U12, U23, U3, U6, U8, U209, U222, U2, U2A, U11, U14, dan U224.
Dan untuk perhatian, berikut adalah jalan-jalan yang terlibat dengan lencongan/penutupan jalan secara berperingkat oleh PDRM bermula jam 6.00 pagi pada 27hb Ogos hingga 31hb Ogos 2013:
Jalan Travers
Jalan Damansara,
Jalan Mahameru,
Jalan Lembah
Bulatan Hishamuddin,
Jalan Tembusu,
Jalan Cenderasari,
Jalan Perdana,
Jalan Kinabalu,
Jalan Raja,
Jalan Hishamuddin,
Jalan Tun Perak,
Jalan Parlimen,
Bulatan Dato’ Onn,
Jalan Raja Laut,
Jalan Sultan Ismail,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
Jalan Sultan Ismail,
Jalan Munsyi Abdullah,
Jalan Dang Wangi, Jalan Mahkamah Persekutuan
No comments:
Post a Comment