Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia yang patriotik dan cintakan negara!! Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka dan Hari Kemerdekaan ke-56 esok dan 31 Ogos, pengendali-pengendali pengangkutan awam darat, terutamanya dari sektor rel dan bas telah mengumumkan perkhidmatan tambahan.
Tujuan perkhidmatan tambahan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membuka ruang kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk hadir dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara dan bagi membolehkan rakyat Malaysia menyambut serta meraikan sambutan Ambang Merdeka yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur.
Rujuk jadual berikut untuk maklumat mengenai perkhidmatan tambahan ini
Berikut adalah jadual yang lebih terperinci:
Dan di kesempatan ini Ketam ingin mencadangkan anda agar menjadi pengguna yang bijak dengan memastikan kad Touch ‘n’ Go anda dibawa bersama bagi mengelakkan kesesakan di kaunter dan mesin tiket.
Adios!!!
No comments:
Post a Comment