Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, August 24, 2013

Nahas Membabitkan Bas, Kenapa Tauke Bas Tak Pernah Jadi Mangsa?



Tragedi menyayat hati yang meragut 37 nyawa selain mencederakan 16 yang lain di Genting Highland baru-baru ini adalah merupakan kesinambungan kisah-kisah nahas bas terjunam ke dalam gaung di negara ini. Cumanya apa yang menyedihkan lagi adalah apabila nahas kali ini merupakan yang paling buruk pernah disaksikan berlaku di Malaysia.

Ianya bukan satu kisah baru..sudah banyak nyawa yang terkorban. Malangnya, seperti dalam isu-isu lain, ia hanya diberikan perhatian setelah berlakunya tragedi yang seumpama ini. Perhatian yang diberikan pula hanya dalam tempoh yang singkat. Seminggu dua nanti pasti ia akan dilupakan semula.

Benda dah berlaku, apa boleh buat? Buat apa lagi? Klise, tuding-menuding antara pihak itu dengan pihak ini lah..apa lagi! Dengar saja sedutan berita di radio, baca di surat khabar, tontonlah berita, yang itu sibuk menafi, yang ini sibuk menghentam, yang itu lepas tangan..Selesaikah isu pokoknya? Setahun dua nanti, terjunam lagi sebuah bas..

Dan bicara soal nahas yang membabitkan bas ini yang selain daripada terjunam ke dalam gaung, jika disenaraikan pastinya akan menghasilkan satu senarai yang begitu panjang sebenarnya. Setiap kali berlakunya nahas itu juga pastinya kajian bagi mengenal pasti punca dijalankan. Masalahnya, apakah dapatan kajian yang dijalankan itu tidak menyumbang langsung kepada mengelakkan berulangnya kejadian serupa pada masa hadapan? 

Masuk bab pencegahan awal, ramai yang menuding jari kepada pihak kerajaan dan agensi-agensinya setiap kali berlaku kejadian yang tidak diingini. Persoalannya, benarkah tiada langsung sebarang usaha daripada pihak-pihak ini di dalam melaksanakan langkah-langkah pencegahan? Ataupun sebenarnya kita sendiri yang alpa dan terleka sehingga terlepas pandang tindakan-tindakan yang dijalankan?

Sepemerhatian Ketam, kerajaan menerusi agensi-agensinya sentiasa berusaha meningkatkan aspek kualiti di dalam bidang yang diamanahkan kepada mereka. Sebagai contoh, tahukah anda beberapa hari sebelum berlakunya tragedi di Genting itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan pengusaha bas sekolah menukar kenderaan mereka yang telah berusia 30 tahun dan ke atas kepada yang baru? Apakah ini bukan salah satu langkah pencegahan?

Menerusi Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, SPAD mengumumkan bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap pengusaha yang gagal berbuat demikian.

"Jika mereka (pengusaha bas) ingkar untuk ikut peraturan yang kita tetapkan, SPAD akan dakwa mereka di mahkamah, tarik balik lesen supaya mereka tidak boleh lagi beroperasi secara sah.

"Undang-undang membenarkan SPAD membuat peraturan serta prosedur dan kami boleh ambil tindakan jika ia gagal dipatuhi kerana soal keselamatan penumpang terutama kanak-kanak amat penting," Tan Sri Syed Hamid dipetik sebagai berkata. 

Dan untuk rekod, tahukah anda bahawa sehingga kini terdapat 17,000 buah bas sekolah di seluruh negara berdaftar dengan SPAD dan daripada jumlah itu 2,000 buah bas sekolah sudah melebihi jangka hayat 30 tahun.

Dari fakta ini apa yang boleh disimpulkan? Pada Ketam mudah..Insiden-insiden menyayat hati ini ini pasti tidak akan berlaku sekiranya puak-puak kapitalis yang mementingkan keuntungan mengikuti garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Sikap tamak dan mementingkan keuntungan mereka hanya merisiko dan membahayakan nyawa orang lain. Ketam berani bertaruh, tauke-tauke bas yang ada ni sendiri sebenarnya takut nak naik bas milik mereka untuk travel. Berani betting? 

Adios!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...