Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, August 26, 2013

7 Lokasi Cadangan Hentian Projek Bullet Train KL-Singapura



Umum pastinya sudah mengetahui tentang perancangan untuk mewujudkan keretapi laju pertama di Malaysia. Cerita mengenainya sudah hangat diperkatakan sejak dari tahun 2012 lagi yang mana apabila direalisasikan nanti, ia bakal menghubungkan di antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Pelaksanaannya nanti bakal menyaksikan tempoh masa yang begitu singkat diambil bagi perjalanan tanpa henti dari Kuala Lumpur ke Singapura iaitu cuma 90 minit sahaja di mana Ketam difahamkan ia adalah merupakan salah satu daripada dua kategori perkhidmatan yang bakal ditawarkan iaitu kategoti ekspres.

Kategori kedua pula yang dirancang adalah Transit iaitu perkhidmatan henti-henti yang bakal melibatkan tujuh lokasi yang sudah dikenalpasti sebagai lokasi hentian.

Sesungguhnya amatlah bertuah buat mereka yang berada di lokasi-lokasi yang terlibat kerana Ketam percaya pastinya mereka akan turut merasa tempias daripada projek ini. Ini kerana seperti yang dapat kita saksikan sebelum ini, kawasan-kawasan yang terlibat dengan pembangunan sistem pengangkutan, LRT STAR dan PUTRA di Lembah Klang misalnya, pasti menerima kesan positif ekonomi setempat di mana ia telah terbukti berjaya merubah landskap ekonomi di setiap lokasi yang terdapatnya stesen LRT.

Dan untuk itu, ayuh kita lihat senarai tujuh lokasi terpilih yang dicadang sebagai lokasi hentian projek keretapi laju pertama negara ini.

Senarai tujuh lokasi cadangan hentian keretapi laju Malaysia – Singapura:
 
1.    Kuala Lumpur
2.    Seremban
3.    Melaka
4.    Muar
5.    Batu Pahat
6.    Johor
7.    Singapura




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...