Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, July 06, 2013

SPAD Rancang Operasi Bersepadu Sepanjang Musim Perayaan



Menjelangnya musim perayaan tidak lama lagi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah merangka strateginya di dalam memastikan kelicinan perkhidmatan pengangkutan awam yang lazimnya menjadi option utama rakyat di negara ini tatkala tibanya tempoh tersebut.

Antara langkah yang bakal dijalankan suruhanjaya tersebut adalah menyertai operasi bersepadu bagi mengesan pemilik pengangkutan awam dan individu yang melanggar undang-undang.

Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, operasi bersepadu tersebut akan melibatkan seramai 300 pegawai penguatkuasa yang terdiri daripada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Memetik laporan media, Che Hasni menjelaskan bahawa operasi bersepadu yang akan dilaksanakan di seluruh negara itu akan dijalankan selama 24 jam sehari.

Tambah beliau, operasi tersebut akan bermula dari dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan dijangka berakhir dua minggu selepas perayaan tersebut.

“Kami akan menyertai operasi bersepadu ini di seluruh negara dan ia akan dijalankan 24 jam sehari, operasi akan bermula dua minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dijangka berakhir dua minggu selepas itu," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau turut mengingatkan bahawa penguatkuasaan dan tindakan saman bakal dikenakan ke atas pengendali dan pemandu pengangkutan awam bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.

Pemilik pengangkutan awam turut diberi amaran supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan bagi mengelakkan daripada didenda.

“Kami melaksanakan operasi dan melakukan tangkapan dengan berhemah kerana ia antara usaha kami untuk mendidik dan mengingatkan mereka, namun apabila dikenakan tindakan, SPAD tidak akan tolak ansur,” tegasnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...