Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, July 06, 2013

DUN Terengganu tergantung: SPR tak boleh campur tangan



Pilhan raya negeri Terengganu akan hanya diadakan semula sekiranya  Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung dan tiada penyelesaian dapat diputuskan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Justeru, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof buat masa ini suruhanjaya berkenaan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan.

"SPR tidak boleh buat apa sekiranya DUN Terengganu tergantung, SPR tidak mempunyai kuasa. Namun ada tiga situasi yamg boleh menyelesaikan masalah ini.

"Pertama ia perlu diselesaikan di peringkat DUN, dengan kuasa Speaker," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata situasi kedua boleh diselesaikan dengan campur tangan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Sekiranya masih belum ada keputusan barulah Pilihan Raya Negeri akan diadakan," katanya.

Pada PRU-13, BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 17 kerusi, PAS menguasai 14 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Sekiranya, pakatan pembangkang memenangi pilihan raya kecil ini, kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16. 

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata, SPR akan mengkaji semula persempadanan DUN dan parlimen yang mempunyai kerusi angka genap supaya dijadikan angka ganjil. 

"Perkara itu akan dipertimbangkan dalam proses persempadanan semula nanti," katanya. 

Ada pihak yang mentafsirkan jika kemenangan menyebelahi pembangkang, Speaker DUN yang kini disandang oleh Zubir Embong dari BN mempunyai kata pemutus. 

Ini bakal merubah kedudukan menjadi kedudukan 17-16 untuk membolehkan BN terus menguasai kerajaan negeri Terengganu.

Sumber


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...