Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah berkesempatan meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama masyarakat di Kuala Selangor. Bertempat di Masjid Jamiur Ridhuan, di Pekan Jeram, Perdana Menteri turut berjemaah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan terawikh.
Pada satu majlis sederhana seusainya sesi menunaikan tanggungjawab terhadap agama itu, Najib selaku pemimpin negara telah turut berkesempatan memberikan sedikit amanat untuk diteladani setiap hadirin melalui ucapannya.
Berikut adalah petikan ucapan Perdana Menteri itu yang sempat Ketam coretkan:
Lokasi: Masjid Jamiur Ridhuan, Jeram, Kuala Selangor
Acara: Majlis Iftar Perdana Peringkat Negeri Selangor
Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri
1. Nabi Muhammad begitu gembira sekali setiap kali Baginda dapat menemui bukan Ramadhan kerana fadhilat Ramadhan amat besar
2. Oleh itu marilah kita umat Islam tak kira fahaman politik mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan ibadah-ibadah agar dapat kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini yang terakhir dapat kita menemuinya
3. 1 Parlimen, 2 DUN (Pencapaian yang amat membanggakan)
4. Mandat yang diberikan untuk ditubuhkan kerajaan Umno/BN di peringkat Persekutuan, akan cuba urus tadbir negara kita dengan sebaik-baiknya supaya pembangunan yang holistik dan menyeluruh seperti yang dituntut Islam akan diperjuangkan oleh Umno/BN
5. Mempertahankan kalimah Allah akan terus dipertahankan oleh kerajaan pimpinan Umno
6. Juga akan sediakan lebih banyak peluang pendidikan termasuklah pendidikan Islam di seluruh negara kita akan tambah dan sediakan kemudahan yang lebih selesa
7. Maqasid Syariah: apa yang dilakukan menepati garis-garis yang dikehendaki agama kita
8. Kita amalkan dasar-dasar kesederhanaan..kerana jalan bersederhana adalah jalan yang sebaik-baiknya adalah terbaik untuk Islam
9. Kita menolak fanatik, kita mengutuk mereka yang membawa huru-hara kepada negara kita
10. Kalau kita menolak dasar yang tidak adil apatah lagi fahaman yang ekstrem, insyaallah Allah akan memberkati
11. Majlis sumbangan dalam bentuk jubah dan pelikat, telekung, batik, air zam-zam dan kurma kepada seluruh AJK masjid dan surau seluruh negara.
12. Harap akan dapat melakukan pembaharuan di kawasan ini sebab orang Kuala Selangor telah beri sokongan kepada kita.
13. Dibawa ke dalam bilik mesyuarat..dalam bilik mesyuarat adansatu sahaja agenda untuk pertimbangan kerajaan.
14. Atas tapak masjid lama, kerajaan akan bina sebuah dewan serbaguna
No comments:
Post a Comment