Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, July 07, 2013

Musim Perayaan Nak Tiba, Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna Bas Ekspres



Tidak berapa lama sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-mubarak.

Seperti kelazimannya, umat Islam diwajibkan berpuasa sepanjang 30 hari di bulan Ramadhan sebelum menyambut bulan kemenangan, iaitu Syawal.

Lazimnya juga apabila setiap kali tiba musim perayaan, pastinya ramai yang berpusu-pusu untuk pulang ke desa bagi meraikannya bersama keluarga tercinta. 

Dan seperti yang dapat kita saksikan saban tahun, perkhidmatan bas ekspres pastinya menjadi salah satu medium pengangkutan utama yang popular di kalangan masyarakat kita di musim perayaan.

Dan sebagai peringatan bagi mengelakkan daripada berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini seperti ditipu syarikat pengendali bas ekspres, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeuarkan satu garis panduan yang menekankan tentang hak-hak pengguna perkhidmatan ini.

Berikut adalah senarai 'Hak-hak Penumpang Bas Ekspres' seperti yang dikeluarkan SPAD:

1.    Caj tambahan 10 peratus atas harga tiket biasa akan dikenakan untuk semua perjalanan di antara 8hb Julai hingga 8hb September 2013.

2.     Anda dinasihatkan supaya membeli tiket hanya dari kaunter yang sah sahaja bagi mengelakkan dari ditipu oleh 'ulat tiket'.

3.    Sila pastikan tiket bas ekspres dan bas ekspres tambahan yang dibeli adalah dari jenis yang dicetak oleh komputer.

4.    Sila pastikan maklumat berikut dicetak pada setiap tiket bas ekspres:
  • Nama Syarikat;
  • Asal (Terminal) dan Destinasi perjalanan;
  • Tarikh dan masa perjalanan;
  • Nombor tempat duduk; dan
  • Harga tiket (termasuk caj tambahan 10%)

5.    Sila pastikan jenis perkhidmatan bas yang anda naiki supaya anda dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan. Terdapat tiga jenis perkhidmatan bas ekspres:

Jenis
Perkhidmatan
Kadar
Tambang (RM)
Kemudahan
Perkhidmatan
Ekonomi
0.085 sen/km
·         Berhawa dingin
Eksekutif
Min 0.15 sen/km
·         Pelayan
·         Minuman Ringan (Halal)
·         Berhawa dingin
Perdana
Min 0.25 sen/km
·         Pelayan
·         Makanan dan minuman halal
·         Berhawa dingin
·         Lampu untuk bacaan
·         Televisyen, pemain cakera padat video dan radio
·         Kerusi sandar yang dilengkapi tempat letak makanan


6.    Kadar tambang istimewa:
  • Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun – Percuma
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun atau lebih tetapi di bawah 12 tahun – 75% daripada kadar yang ditetapkan
  • Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga 60 tahun ke atas – 75% daripada kadar yang ditetapkan.

7.    Bas ekspres hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang di Terminal atau Hentian yang diluluskan oleh SPAD.

8.    Pastikan setiap bas itu melengkapkan perjalanan. Anda tidak boleh diarah untuk menukar bas semasa dalam perjalanan.

9.    Penumpang dinasihatkan supaya berada di terminal bas selewat-lewatnya setengah jam sebelum perjalanan bermula.

10.    Sebarang maklumbalas atau aduan, sila hubungi 1800-88-SPAD (7723).

11.    Sekiranya anda ingin membuat aduan, berikut adalah maklumat-maklumat yang diperlukan:
  • Tarikh dan masa kejadian;
  • Lokasi kejadian;
  • Nombor pendaftaran kenderaan; dan
  • Gambar atau video.
 
Adios!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...