Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berlangsung 5 Mei lalu, masing-masing berlumba-lumba nak jadi YB. Berebut-rebut masing-masing tak kiralah dari PAS atau DAP ataupun PKR. Bertumbuk-tumbuk pun ada.
Tapi bila sudah diberikan mandat oleh rakyat untuk jadi wakil suara mereka di Dewan Rakyat, buat perangai pula. Masing-masing mula tunjuk belang seolah-olahnya mandat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka itu ibarat 'sijil' yang melayakkan mereka, yang secara formalnya penggubal undang-undang, untuk melanggar undang-undang yang digubal dengan sewenang-wenangnya.
Maka itulah tiap-tiap hari sekarang ini kita naik pekak dengar cerita himpunan blackout kat sini..himpunan blackout kat situ..himpunan blackout kat sana..Walaupun secara undang-undangnya jelas perhimpunan yang dianjurkan itu melanggar undang-undang, tapi kumpulan penggubal undang-undang ini slumber kodok je langgar dan siap hasut para taksuban semuanya untuk sama-sama sekali jalan tak patuh arahan pihak berkuasa yang melarang orang ramai dari menyertainya.
Dijadualkan hari ini berlangsungnya taklimat Parlimen penggal ke-13. Sedikit latarbelakang, PRU13 lalu menyaksikan Barisan Nasional menang 133 kerusi di Dewan Rakyat manakala Pakatan Rakyat pula 89.
Apa yang terjadi pada sesi taklimat hari ini adalah Pakatan berjaya mencatatkan jumlah kehadiran yang sangat membanggakan!! Satu rekod baru telah berjaya mereka catatkan yang sekaligus menambah kepada senarai tindakan biadap mereka selama ini apabila seramai 88 orang wakil rakyat yang diberi kepercayaan oleh rakyat telah ponteng sesi taklimat pagi ini! Hanya seorang sahaja di kalangan mereka yang hadir iaitu ahli Parlimen Bakri, Err Teck Hwa dari DAP.
Nak dijadikan cerita, Ketam dengar Err Teck Hwa bakal dikenakan tindakan disiplin oleh DAP kerana ingkar arahan untuk tidak hadir sesi taklimat tersebut! Aiyoo! Ni baru betul tonggang-terbalik..yang ikut peraturan kena hukum, yang langgar peraturan dipandang hero! *Tepuk dahi!
Belum mula pun lagi sesi Dewan Rakyat penggal ke-13 tapi kita dah dapat saksikan bunga-bunga drama yang bakal ditayangkan oleh puak-puak ni untuk jangka masa lima tahun ini.
Tahniahlah Ketam ucapkan kepada mana-mana pengundi yang beri mandat kat manusia tak reti patuh undang-undang ini untuk jadi penggubal undang-undang. Tahniah sangat-sangat!
Kepada Teck Hwa, Ketam rasa dah boleh fikir untuk join BN secara terus kot. Sayang seorang yang dedikasi dan betul-betul ikhlas mewakili rakyat, menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat kepadanya, tapi dihukum pula oleh parti yang hanya mementingkan kuasa, gila kuasa!
YB Teck Hwa, joinlah BN..Direct membership..Jangan masuk NGO bernama MCA, tapi keahlian terus BN. Pemimpin-pemimpin BN pun mesti terima YB dengan tangan terbuka melihatkan kepada komitmen yang YB tampilkan sepanjang penggal ke-12 yang lalu.
Kepada DAP, shame on you! Apa punya perangai pi ambik tindakan disiplin kat orang yang tak buat salah. Ya! Teck Hwa tak buat salah! Tak salah kot dia pi taklimat. Kelakar memang kelakar! Pakatan kalau buat lawak memang kelakar! Berkahak-kahak aku gelak dengan lawak puak ni..Haish!
No comments:
Post a Comment