Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, June 11, 2013

Demonstrasi Haram Dianggap Perjuangan, Hadir Taklimat Dewan Rakyat Kena Tindakan Disiplin. Lawak Ala DAP




"Kita akan paggil dia secepat mungkin, dalam tempoh dua tiga hari ini.

"Dia telah langgar disiplin, kita akan rujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti,"


Demikian kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Anthony Loke Siew Fook seperti yang dilaporkan Sinar Harian Online sebentar tadi.

Ceritanya, insan yang bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin DAP itu adalah ahli Parlimen Bakri, Err Teck Hwa. Ini kerana beliau telah melakukan 'dosa besar' pada pandangan pemimpin parti itu kerana menghadiri sesi taklimat Dewan Rakyat penggal ke-13 pagi tadi.

Disebabkan kehadirannya itu, Pakatan Rakyat 'terlepas peluang' untuk mencatat rekod 'bersih', 100 peratus wakil rakyat ponteng. Apakan tidak, dari 89 ahli Parlimen di sebelah Pakatan, Teck Hwa seorang sahaja yang hadir mendengar taklimat tersebut.

Hadir mendengar taklimat dianggap satu kesalahan, pelanggaran disiplin, perbuatan ingkar arahan kepimpinan oleh puak-puak haram jadah ini. Tapi berarak menyebabkan kesesakan, ingkar arahan polis, terbalikkan kereta polis, itu perjuangan suci!

Tahniah Pakatan! Kumpulan lawak nombor satu sepanjang zaman! Hanya pernah kalah dengan kumpulan Senario je sekejap..lepas tu rampas balik title pelawak! Tahniah!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...