Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, June 27, 2013

IPU Terus Catat Penurunan Termasuk Di Kawasan Terjejas Teruk



Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 11 pagi ini terus menunjukkan penurunan walaupun kualiti udara di tiga kawasan masih berada pada paras tidak sihat.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan bahawa tiga kawasan tersebut iaitu Banting, Selangor kini merekodkan bacaan IPU 105 berbanding 108 jam 9 pagi tadi, Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan 139 berbanding 145 manakala Bukit Rambai, Melaka pada 105 berbanding 109.

30 kawasan lain pula mencatatkan paras IPU sederhana berbanding 32 kawasan pada pukul 9 pagi tadi.

Antara kawasan tersebut ialah Kota Tinggi(69), Larkin Lama (63), Muar (76), Pasir Gudang (68) di Johor; Bandaraya Melaka (89); Port Dickson (84) dan Seremban (80) di Negeri Sembilan; Tanjung Malim (68) di Perak;  Kuala Selangor (54), Pelabuhan Klang (69), Petaling Jaya (85), Shah Alam (77) di Selangor dan Putrajaya (85).



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...