Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, May 18, 2013

MCA arah semua ahli hormat pendirian parti




Ketua Biro Publisiti MCA Selangor Datuk Yap Pian Hon menggesa ahli MCA menghormati keputusan parti untuk tidak menerima sebarang jawatan Kabinet.

"Ahli-ahli parti telah sebulat suara meluluskan resolusi perhimpunan agung tahunan pada 2011 dan 2012 untuk menolak semua jawatan kerajaan jika prestasi MCA dalam PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) lebih teruk daripada PRU12.
 
"Ahli-ahli parti harus menerima keputusan ini dan tidak mengambil ringan. Kita mesti menyedari bahawa pengundi Cina telah meninggalkan MCA," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

MCA telah mengumumkan bahawa parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan kerana prestasi yang kurang baik dalam PRU13 yang diadakan pada 5 Mei lalu.

MCA hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya, dan 11 daripada 90 kerusi negeri.

Yap berkata MCA mesti belajar daripada krisis lalu dan bergerak ke hadapan.

Beliau berkata ini mungkin menjadi satu titik perubahan dalam senario politik MCA, tetapi ia adalah masa untuk bangkit dengan pemikiran yang baru menyaksikan satu lagi permulaan perarakan politik.


Sumber


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...