Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, 18 May 2013

Pendapatan negara bertambah melalui GST: PEMANDU




Malaysia mampu memperolehi pendapatan negara mencecah sehingga RM27 bilion, jika cadangan cukai barangan dan perkidmatan (GST) dilaksanakan pada kadar 7 peratus, seperti di negara jiran, Singapura.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, perlaksanaan kadar cukai baru tersebut mendorong kepada pertambahan pendapatan dari RM20 bilion kepada RM27 bilion, apabila mencapai tempoh matang.
 
"Tempoh matang itu adalah apabila rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST. Ia perlu dilaksanakan segera sebaik sahaja mereka bersedia menerima mekanisme tersebut," jelasnya.

Berucap di forum "PRU13 - Apa Maknanya kepada Perniagaan?" hari ini, Idris menerangkan maklumat tentang GST dan cara ia menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara supaya rakyat negara ini memahami dan menerima perlaksanaan cukai itu nanti.

GST itu katanya, akan menyediakan dana tambahan kepada kerajaan sebagai perbelanjaan kepada rakyat Malaysia, sepertimana mana yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN), sebelum PRU13 lalu.

"Walaupun perlaksanaan cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap komited dalam menurunkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi.

"Cara ini menunjukkan kerajaan mahu keseimbangan dalam semua perkara yang dilakukan, sama ada dari segi ekonomi atau politik," demikian menurut Idris, yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

Dalam masa yang sama beliau turut menafikan janji-janji yang dibuat kerajaan semasa pilihan raya lepas akan meningkatkan hutang keluaran dalam negara kasar (GDP), dari kadar 53 peratus sekarang.

Katanya, kerajaan komited dalam mengekalkan hutang di bawah 55 peratus, berbanding siling GDP yang pernah ditetapkan sebelum ini.


Sambung



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...