Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, May 17, 2013

Kak Jat Sudah Sound Rafidah Aziz Pulak..




Susulan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Eksekutif Airasia X, Azran Omar-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan syarikat penerbangan itu menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut baru-baru ini, Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam secara terbuka meminta Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X yang juga bekas Ketua Pergerakan itu, Tan Sri Rafidah Aziz untuk menjelaskan isu tersebut.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, Shahrizat menggesa Rafidah supaya tidak terus bersikap mendiamkan diri sebaliknya perlu mengemukakan pandangannya berhubung isu yang melibatkan lidah rasmi Umno itu.

Berikut adalah kenyataan media Shahrizat terhadap Rafidah:

Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini ingin melontarkan pertanyaan kepada YBhg Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Omar-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.

Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO. Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.

Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain.

Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...