Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, May 15, 2013

'Kabinet Berimbang', Noh Omar dan Shaziman 'Tercicir'





'Kabinet Berimbang', itulah yang disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap senarai barisan Kabinet baru yang diumumkannya petang tadi.

Berimbang yang dimaksudkan pemimpin nombor satu negara itu menggambarkan bahawa Kabinet yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini ialah hasil gabungan individu-individu yang berpengalaman, golongan teknokrat dan mewakili golongan muda.

"Saya percaya mereka yang berpengalaman akan mengimbang dari segi kesinambungan berdasarkan pengalaman mereka sama ada sebagai timbalan menteri atau menteri sepenuhnya.

"Mereka yang merupakan teknokrat akan menyumbang dari segi kepakaran khusus mereka yang amat penting untuk menyumbangkan idea-idea yang kreatif lagi bernas untuk dipertimbangkan kerajaan.

"Mereka yang muda selain kebolehan mereka, dan juga dapat membawa cita rasa golongan muda kepada kerajaan," katanya ketika mengumumkan senarai tersebut.

Seterusnya, Najib melahirkan kepercayaan beliau terhadap individu-individu yang terpilih ini di mana beliau yakin mereka mampu meneruskan dan menjayakan agenda transformasi nasional.

"Di samping itu, ia dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat," katanya.

Untuk senarai penuh barisan kabinet penggal baru, sila klik sini

Kabinet penggal 2013 - 2018 ini turut menyaksikan beberapa orang penyandang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri digugurkan berikutan kekalahan ataupun tidak menjadi calon pada PRU13 yang lalu.

Antaranya ialah Datuk Raja Nong Chik yang tewas di kerusi Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Utama Rais Yatim yang tidak bertanding dan Datuk Saifuddin Abdullah yang tewas di kerusi Parlimen Temerloh.

Turut digugurkan walaupun menang pada pilihanraya ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar yang sebelum ini mengetuai portfolio Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Seorang lagi yag digugurkan walaupun menang ialah ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang sebelum ini mengetuai Kementerian Kerja Raya.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...