Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, May 23, 2013

Rafizi gagal ketepi tuduhan BAFIA




Mahkamah Tinggi menolak permohonan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli untuk mengetepikan pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 terhadapnya di Mahkamah Sesyen.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan dibuat Mohd Rafizi bersifat pramatang berikutan saksi pendakwaan masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.

Beliau berkata mahkamah tidak boleh membuat keputusan bahawa tiada kes prima facie hanya berdasarkan kepada keterangan sebelah pihak Mohd Rafizi.
 
"Terlalu awal juga untuk pemohon (Mohd Rafizi) menyatakan bahawa pertuduhan ke atasnya adalah 'mala fide' (berniat jahat), bermotifkan politik dan sebagainya.

"Afidavit jawapan yang difailkan oleh responden antara lain menyatakan bahawa terdapat bukti dalam bentuk keterangan langsung dan dokumen mengenai pertuduhan ke atas pemohon (Mohd Rafizi)," katanya.

Sehubungan itu, Ghazali berpuas hati bahawa tidak berlaku ketidakadilan undang-undang apabila Timbalan Pendakwa Raya memutuskan untuk mendakwa Mohd Rafizi di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata mahkamah juga tidak boleh mempersoalkan tindakan Timbalan Pendakwa Raya yang mempunyai kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Dengan ini mahkamah menolak permohonan pemohon (Mohd Rafizi) dan memerintahkan kes di Mahkamah Sesyen diteruskan tanpa sebarang kelewatan," katanya.

Peguam R.Sivarasa yang mewakili Mohd Rafizi kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan pada Isnin ini.

Beliau juga memohon supaya prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sambung




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...