Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, May 23, 2013

BN perlu menjadi parti tunggal - GERAKAN



Barisan Nasional (BN) perlu bergabung menjadi sebuah parti tunggal berbilang kaum atau berhadapan dengan risiko penolakan dalam tempoh lima tahun akan datang, kata pemangku Presiden GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn.

Chang berkata BN perlu menukar pendekatan memandangkan pertambahan pengundi muda di kawasan bandar untuk tempoh lima tahun akan datang.

"Dalam pilihan raya, kita melihat bahawa pengundi di bandar juga mengundi calon-calon dari kaum lain seperti Cina mengundi untuk calon-calon PAS.
 
"Dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan melihat lebih banyak kawasan luar bandar menjadi bandar.

"Sebuah parti berasaskan kaum semakin ketinggalan. Ia adalah satu perkara yang telah lalu.

"Barisan (BN) harus menjadi parti tunggal," katanya dalam sidang akhbar pertama beliau sebagai pemangku presiden parti pada Rabu.

Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim sebelum ini pernah mencadangkan supaya MCA membuka keanggotaan kepada kaum lain untuk terus kekal relevan.

Saranan tersebut menurut Donald mengambil kira realiti masyarakat dari pelbagai latar belakang.

“Ini adalah kurun berbeza. Sekarang kita adalah berbilang kaum dan orang perlu bergerak ke hadapan dan bergaul dengan bebas. Pada ketika ini, adalah lebih baik untuk membuka bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...