Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, May 27, 2013

Apa Lagi Kalau Bukan Fitnah?




Tidak seperti kelaziman proses pilihanraya di mana-mana negara demokratik di dunia yang mana setiap pihak yang terlibat menerima seadanya keputusan yang berdasarkan kepada pilihan rakyat, pembangkang di Malaysia, Pakatan Rakyat (Pakatan) nampaknya lebih berselera mengkhianati mandat rakyat di kebanyakan kawasan di negara ini apabila dengan sombongnya isytihar tidak mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 5 Mei lalu.

Sebaik berita kegagalan mereka untuk merampas Putrajaya disahkan, bibit-bibit orang meroyan mula terzahir dengan siri-siri dakwaan penyelewengan yang dikatakan berlaku ketika proses pilihanraya itu.

Tanda-tanda penyakit meroyan ini sebenarnya sudah mula ditunjukkan sebelum berlangsungnya pilihanraya lagi sebenarnya. Sudah mula kedengaran macam-macam perkara yang negatif dibangkitkan puak ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas PRU12 terutamanya.

Bibit-bibit yang menunjukkan sakit meroyan ini tak boleh diselamatkan lagi adalah apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, awal-awal lagi pada hari pilihanraya sudah declare kononnya mereka sudah menang PRU13. Aik..sikit punya terer lah brader ni kalau orang belum habis kira lagi dia sudah tau keputusan. Tak payah ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kalau macam tu. Brader Nuar sudah boleh 'tilik' keputusan dulu tau!

Ok serius..Kita sebenarnya harus tertanya-tanya apakah motif di sebalik tindakan Anwar membuat pengumuman tersebut. Budak belum ambil SPM pun rasanya boleh terfikir yang ia strategi untuk membangkitkan kemarahan penyokongnya. Awal-awal umum menang, padahal sudah tahu dia kalah..So bila keputusan sebenar keluar yang mana geng dia kalah, so penyokong dia mesti akan mengamuk kata SPR penipu..kerajaan penipu..Mujur sahaja tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Soal penyelewengan yang dikatakan berlaku, Ketam dapati isu yang paling popular yang dimanipulasikan oleh puak-puak Anwar ialah dakwat kekal. 'Dakwat kekal tak kekal' kata mereka. Dikemukakan bukti yang entah dari mana untuk membuktikan dakwaan mereka itu. Benarkah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihanraya ini sebenarnya tidak kekal?

Baik..Pertamanya, syarat wajib mencalitkan jari dengan dakwat kekal ini pertama kali dilaksanakan oleh SPR. Tujuannya adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya individu tidak bertanggungjawab daripada mengundi dua kali. Itu secara umumnya semua orang tahu.

Tapi kalau dilihat kepada situasi yang terjelma daripada pelaksanaan dakwat kekal ini, benda yang beria-ia puak ini paksa SPR guna sebenarnya telah menjadi point paling kuat mereka untuk menyerang SPR. Ya..kalau kita ingat, puak ini yang beria tolak cadangan sistem biometrik tapi paksa pakai dakwat kekal.

Dan setelah dakwat kekal dilaksana, kit boleh tengok yang mereka ini memang sengaja nak cari salah. Dah tu keluar-keluar bilik mengundi je benda first dibuat ialah dok tonyoh jari dengan tisu..cuba nak padam..Ape kejadahnya! Ada niat nak undi dua kali ke apa?

Dan kalau dah macam-macam cara dieksperimenkan untuk memadamkan dakwat tu, pakailah ape jenis dakwat, cat, ke hapa ke, padam jugalah akhirnya..Haish..

Oklah..Dangkal kan point Ketam tu. Takpa..Itu dari sisi rasional Ketam dari segi teknikal. Dari segi fakta pula ek..Seperti yang dinyatakan tadi, dakwat kekal dilaksanakan bagi mengelakkan daripada berlakunya kes individu mengundi dua kali. Itu tak dapat disangkal kebenarannya. So macam mana kalau ada yang dapat padamkan dakwat tu?

Tak jadi masalah! Dakwat kekal ini sebenarnya hanyalah salah satu cara untuk mengelakkan undi dua kali berlaku. Dalam strategi 'defensive', mesti kita rancang beberapa layer pertahanan untuk mempertahankan kubu kita kan? Logiknya dalam kes SPR, dakwat kekal ini bukan elemen utama mencegah undi dua kali.

Kalaupun seseorang itu telah berjaya setelah bersungguh-sungguh separuh mati nak padamkan dakwat pada jari, tak mungkin dia akan dapat undi kali kedua. Mustahil..Ini kerana, perkara utama yang tidak memungkinkan ia dari berlaku ialah daftar pemilih! Diulangi, daftar pemilih!

Daftar pemilihlah yang menjadi elemen paling penting sekali yang menjadikan mustahilnya undi dua kali terjadi. Ye..daftar pemilih. Daftar pemilih yang mana pada hari pembuangan undi, daftar pemilih ini turut dipantau oleh agen calon. Ye..setiap calon yang bertanding punya agen. Kalau kawasan tu BN lawan Pakatan, maka agen calon BN dan agen calon Pakatan akan sama-sama pantau daftar pemilih ini.

Dah kalau agen calon pun sekali sama-sama pantau, tak kan dia nak biar je tengok ada nama orang nak undi dua kali? Nak pulak agen calon Pakatan. Ikut pemerhatian Ketam, rasanya kalau ada, mesti tak sampai 2 minit agen Pakatan ni da sampai balai polis buat report. 30 minit lepas tu dah siap-siap dengan sorang dua pemimpin Pakatan, nak buat sidang media ada orang nak undi dua kali..Sidang media dalam 15 minit. Maksudnya, kalau adalah benda tu berlaku, dalam masa 47 minit je dah kecoh satu Malaya dah ada penyelewengan. Tak abes lagi hari mengundi tu..Tapi ada ke agen calon kat tempat buang undi buat report polis pasal daftar pemilih ni? Aik..tak kan agen calon pon 'dibayar' oleh Umno/Barisan Nasional? Lu pikirlah sendiri.

Lepas tu isu 'blackout', lampu padam. Puak meroyan tak dapat terima hakikat ni dakwa kononnya ada berlaku peristiwa lampu terpadam ketika proses pengiraan undi sedang berjalan. Habis kecoh satu Malaya siap dengan gambar sekali tersebar. Benda ni kalau berlaku, memang sangat-sangat serius! Tapi masalahnya, dah ada penafian dari beberapa individu yang menegaskan insiden tersebut tak pernah berlaku. Ada seorang wartawan, pegawai Tenaga Nasional Berhad, calon DAP yang bertanding (dan menang), Timbalan Pengerusi SPR pun dah nafikan. Apa yang susahnya nak terima lagi keterangan ni? Apa terus dijaja lagi isu blackout ni? Siap dipropaganda lagi dengan menggunakan nama blackout untuk perhimpunan kejadah mereka. Apa kejadahnya ni? Kalau tak silap, ini boleh dikategorikan fitnah kan? Mengada-adakan perkara yang tak ada untuk membangkitkan kemarahan orang ramai..fitnahlah namanya kan?

Tapi malangnya, si penjunjung puak-puak ni, tak boleh nak dengar penjelasan orang lain dah selain pemimpin-pemimpin maksum mereka. Apa juga yang dijelaskan, diterangkan, dikemukakan oleh pihak yang selain sekutu pemimpin-pemimpin mereka, tak laku lagi dah. Mata, telinga, hati mereka dah tuli..tak akan ada zarah-zarah bunyi, selain yang digetarkan oleh pemimpin mereka, akan dapat menerjah gegendang telinga kumpulan penjunjung/penyokong/taksuban ini. Ketaksuban golongan ini hingga ke tahap apa sahaja yang diperkata pemimpin mereka itu adalah firman yang wajib dipatuhi. Manakala apa sahaja argument pihak yang tidak sehaluan dengan pemimpin mereka, ia adalah bidaah yang wajib ditolak.

Maka tidak hairanlah mereka-mereka ini diperkotak-katikkan oleh pemimpin-pemimpin mereka tanpa menyedari yang mereka hanyalah pak turut yang dikorbankan bagi memastikan 'junjungan' mereka memperolehi apa yang diidamkan..kuasa!

Sesungguhnya sekiranya penyakit gila kuasa dan meroyan itu dihidapi pada masa yang serentak, kesannya amatlah menakutkan sekali di mana ia menyebabkan sang penghidap itu hilang rasa perikemanusiaan sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah mengorbankan penyokong-penyokong setia untuk dijadikan perisai dan pemangkin kepada agenda peribadi. Sang penghidap juga tanpa rasa bersalah sedikitpun menyebarkan dakyah-dakyah fitnah, fakta-fakta yang diselewengkan untuk meyakinkan penyokong yang hanya menurut. Tanpa ada rasa segan, mengaku diri mereka difitnah. Paling menyedihkan lagi, berperangai munafik memungkiri janji walau dengan sahabat karib sendiri seperti bekas Naib Presiden Indonesia, Pak Jusuf Kalla.

Dan untuk kesekian kalinya, syukur tuhan memakbulkan doa dan sembahyang hajat yang selalu dilakukan oleh para penyokong PAS yang mahukan negara ini ditadbir oleh kerajaan dan pemimpin yang benar-benar membela rakyat, tidak zalim, adil dan tidak menindas orang yang tidak bersalah. Syukur Alhamdulillah..

Sekadar luahan pendapat..tak minta disokong, tak kisah dibenci..

Adios!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...