Kalau dah namanya pertandingan, memang adatlah ada yang menang dan kalah. Bagi pihak yang menang, dalam meraikan kegembiraan jangan dilupa beban tanggungjawab yang dipikul sekali dengan kemenangan itu. Hatta menang perlawanan bola sepak sekalipun, tanggungjawab yang harus dipikul oleh sesebuah pasukan bola sepak itu adalah untuk terus mempamerkan aksi yang menarik dan memberangsangkan supaya dapat memberikan kemenangan pada perlawanan seterusnya untuk dinikmati oleh penyokong-penyokong setia pasukan tersebut. Bagi pasukan yang kalah pula, selain memperkemaskan corak permainan pada perlawanan seterusnya, barisan kesebelasan utama juga mungkin perlu dikaji dengan menyisihkan pemain yang mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan.
Tanggal 5 Mei 2013 yang lalu, telah berlangsungnya apa yang dikatakan 'ibu segala pilihanraya' di Malaysia, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Seperti yang dijangkakan, Barisan Nasional (BN) masih lagi diberi kepercayaan untuk terus diberikan mandat di dalam mentadbir negara apabila memperolehi sebanyak 133 kerusi Parlimen. Selain itu, parti pemerintah itu juga telah berjaya merampas semula pentadbiran negeri di Kedah di mana Datuk Mukhriz Mahathir telah secara rasminya dilantik menjadi Menteri Besar di negeri Jelapang Padi itu.
PRU13 turut menyaksikan berlakunya beberapa keputusan yang mengejutkan apabila beberapa nama besar baik dari pihak BN ataupun Pakatan Rakyat telah dikejutkan dengan kekalahan. Posting kali ini ayuh kita meninjau beberapa nama-nama besar yang telah tewas melalui sistem demokrasi di negara ini. (*Ditegaskan sekali lagi, ANTARA nama-nama..tak dan pulak nak tulis semua :p)
Umno


2. Datuk Saifuddin Abdullah

Ini bermaksud dari tiga DUN yang berada di bawah Parlimen Temerloh, BN hanya berjaya menang di DUN Lanchang menerusi Datuk Mohd Sharkar Shamsudin. Satu lagi DUN di kawasan tersebut iaitu DUN Kuala Semantan, menyaksikan Syed Hamid Syed Mohamed dari PAS berjaya mempertahankan kerusi tersebut.
3. Datuk Seri Abdul Ghani Othman

Dan walaupun tewas, Ghani sebenarnya adalah seorang pemimpin yang seperti Ali Rustam di Melaka, telah melakukan pelbagai perubahan dan pembangunan di negeri Johor Darul Takzim. Justeru Ketam percaya walaupun tewas, beliau akan terus dikenang oleh rakyat negeri Johor dan tidak keterlaluan sekiranya dikatakan kalahnya pada pilihanraya kelmarin sebagai kalah yang bermaruah.
PAS
1. Datuk Husam Musa
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Samada tindakan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya adalah strateginya untuk diangkat sebagai 'fighter' di mata penyokong-penyokong PAS ataupun ia sebenarnya adalah usaha pihak tertentu yang tidak senang dengannya di dalam usaha pihak tersebut merencatkan karier politik beliau.

Alasan yang diberikan adalah nama Husam telah ditolak oleh Sultan Kelantan. Walaubagaimanapun alasan penolakan nama Naib Presiden PAS itu tidak dinyatakan. Apapun, mungkin sedikit masa yang terluang dek kerana tiada portfolio yang perlu difokuskan, mungkin boleh digunakan Husam untuk merencana semula 'game' yang harus beliau 'mainkan' untuk kembali ke landasan yang dikecapinya sebelum ini.
2. Mohamad Sabu
Selain Husam, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut menerima nasib yang serupa. Terkenal dengan gelaran 'Mat Sabu', beliau terpaksa akur tewas di kerusi Parlimen Pendang di Kedah kepada Datuk Othman bin Abdul dengan majoriti sebanyak 2,638.
Terkenal sebagai seorang penceramah yang popular bagi PAS, bagaimanapun ia tidak memberikan kelebihannya pada pilihanraya kali ini.
3. Salahuddin Ayub
Seorang lagi Naib Presiden PAS yang turut menerima kekalahan adalah Salahuddin Ayub. Selain tewas kerusi DUN Nusajaya di negeri kelahirannya Johor, beliau turut tewas di dalam pertarungan merebut kerusi Parlimen Pulai di tangan Datuk Nur Jazlan bin Mohamed dengan majoriti sebanyak 3,226 undi.
Setelah berkelana di Kelantan di mana beliau merupakan penyandang kerusi Parlimen Kubang Kerian sebelum PRU13 hujung minggu lalu, kepimpinan PAS merasakan khidmat beliau diperlukan di dalam memperkuatkan barisan Pakatan Rakyat di negeri Johor.
Tewas dalam percubaan kali ini di negeri kelahirannya, Ketam percaya sekiranya BN tidak memberikan perhatian yang wajar di negeri di Selatan tanahair itu, tidak mustahil Salahuddin akan membuat kemunculan semula di Dewan Rakyat dengan mewakili kerusi di negeri kelahirannya itu sendiri tanpa perlu berkelana ke negeri orang.
PKR
1. Datuk Saifuddin Nasution
Dengan reputasi selaku Setiausaha Agung PKR, Saifuddin mungkin tidak sekali-kali menyangka akan tumpas di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang sebelum ini menyaksikan wakil partinya, Datuk Zulkifli Noordin bertindak keluar dari PKR dan menjadi ahli Parlimen Bebas.
Bekas ahli Parlimen Machang ini tewas di tangan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 1,871 undi.
2. Dr Abdul Aziz Bari

Keputusan yang diumumkan kelmarin menyaksikan BN telah berjaya menambah undi majoriti mereka, sesuatu yang pastinya perlu dianalisis penganalisis politik ini supaya dapat dijadikan petunjuk yang boleh menyumbang kepada kemenangan buat beliau sekiranya dicalonkan sekali lagi pada masa hadapan.
Selain itu, sekiranya beliau berharap agar dapat dicalonkan sekali lagi sebagai wakil PKR, mungkin kini beliau sudah boleh mula memperbaiki hubungan di antara jentera parti yang diketahui seluruh penduduk Sabak Bernam telah berpecah dek pencalonannya itu.
3. Badrul Hisham Shaharin
Sudahlah kena game di Negeri Sembilan di mana beliau tidak dicalonkan untuk kerusi Parlimen Rembau setelah berhempas-pulas memperkuatkan PKR di kawasan tersebut, di Pulau Pinang pula menyaksikan beliau kena game dengan PAS pula.
Sepertimana yang kita ketahui, pergolakan di antara PKR dan PAS berhubung isu calon bagi kerusi DUN Sungai Acheh ini agak serius. Walaupun telah dipersetujui pada mulanya iaitu kerusi tersebut adalah milik PKR, namun pada saat-saat akhir PAS sudah sailang Chegu Bard apabila turut menamakan calonnya, Mohd Yusni Mat Piah.
Dan akibatnya, calon BN Mahmud bin Zakaria telah berjaya mengambil kesempatan dari situasi tersebut dan menang dengan majoriti yang tipis, iaitu sebanyak 808 undi sahaja. Mungkin Chegu Bard sudah bergelar YB sekarang ini jika tak dikacau daun dek ketamakan PAS.
Aisehman..memandangkan Ketam sudah mengantuk sekarang ni, apa kata kita sambung cerita ni dalam posting yang lain. Dalam artikel itu nanti kita fokus kepada pemimpin-pemimpin MCA, MIC, Perkasa dan lain-lain parti komponen BN dan Pakatan ok.
Chow!!!
No comments:
Post a Comment