Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, May 08, 2013

Ucapan Tahniah Selebriti Tanahair Kepada Perdana Menteri Malaysia dan BN




Walaupun wujud usaha daripada pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dengan menghasut rakyat di negara ini agar menolak keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) terus menjadi pilihan untuk diberikan mandat mentadbir negara, namun ternyata usaha tersebut telah gagal sebagaimana mereka gagal untuk menjejakkan kaki di dalam ofis di Putrajaya.

Ketam percaya kebanyakan rakyat di negara ini sebenarnya sudah matang dan menghormati sistem demokrasi yang diamalkan termasuk keputusan PRU13 beberapa hari lalu.

Sejajar dengan kemenangan BN pada pilihanraya itu, Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak telah diamanahkan untuk mengetuai pentadbiran baru dengan mandat yang diberikan oleh rakyat selaku Perdana Menteri Malaysia.

Sehubungan itu berduyun-duyun ucapan tahniah diberikan kepadanya dan juga BN yang bukan sahaja datang dari dalam negara, bahkan juga dari luar termasuk pemimpin-pemimpin dari negara lain.

Tidak ketinggalan, barisan selebriti popular tanahair turut memberikan ucapan kepada parti pemerintah itu. Antara selebriti yang berbuat demikian ialah pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi, penyanyi Adibah Noor, pelakon Dira Abu Zahar, penyanyi dangdut Ifa Raziah dan Iqram Dinzly.

Layan gambar-gambar di bawah untuk melihat ucapan-ucapan selebriti popular negara ini...Adios!!














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...