Apa sudah jadi? Mananya semangat kesepakatan dan persefahaman di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat? Apakah kesepakatan itu ditonjolkan melalui pertembungan sesama sendiri di kalangan mereka?
Adakah pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP ini benar-benar memahami konsep 'bersepakat' di dalam gabungan kerjasama mereka? Jika mereka benar-benar bersatu padu, mana mungkin akan wujud situasi di mana calon-calon mereka bakal berentap antara satu sama lain pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Apakah sebenarnya yang cuba ditonjolkan melalui situasi ini? Seharusnya parti-parti ini yang mempunyai agenda sama, iaitu mahu menjatuhkan Barisan Nasional, berganding kekuatan jentera dan bekerjasama mencapai agenda tersebut.
Lebih mengejutkan, kalau setakat satu kerusi mungkin boleh diterima lagi. Tapi ini tujuh! Apa manifestasinya? Jika urusan pembahagian kerusi sesama sendiri pun tak boleh setel, lantas tak layaklah Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri mereka. Maka silaplah Yusof al-Qardhawi di dalam menilai potensi Ketua Pembangkang itu.
Untuk itu, janganlah nanti dituduh yang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus di dalam menguruskan perjalanan proses demokrasi di negara ini 5 Mei nanti sekiranya keputusan keseluruhannya Pakatan kalah teruk kepada BN. Ini kerana mesej yang dihantar kepada pengundi melalui situasi ini jelas, 'Kami (Pakatan) bercelaru, tidak sepakat, huru-hara. Jangan undi kami'.
Untuk rujukan, berikut adalah kerusi-kerusi yang menyaksikan pertembungan kedua-dua parti itu pada pilihanraya ini:
Parlimen Labuan
PKR - Ibrahim Menudin vs PAS - Hadnan Mohamad vs BN - Rosman Isli
DUN Sungai Acheh (Pulau Pinang)
PKR - Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) vs PAS - Mohd Yusni Mat Piah vs BN - Datuk Mahmud Zakaria
DUN Kota Damansara (Selangor)
PAS - Ridzuan Ismail vs PSM (tiket PKR) - Dr Mohd Nasir Hashim vs BN - Halimaton Saadiah Bohan + tiga Bebas
DUN Panti (Johor)
BN - Baderi Dasuki vs PAS - Azlisham Azahar vs PKR - Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR).
DUN Bukit Besi (Terengganu)
PAS - Roslan Ismail vs PKR - Mohd Shamsul Mat Amin vs BN - Roslee Daud.
DUN Kota Putera (Terengganu)
PAS - Adam Mat Said vs PKR - Mohamed Abdul Ghani Ibrahim vs BN - Mohd Mahdi Musa.
DUN Seberang Takir (Terengganu)
PAS - Zakaria Dagang vs PKR - Ahmad Nazri Mohd Yusoh vs BN - Ahmad Razif Abd Rahman
No comments:
Post a Comment