Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, April 21, 2013

PRU13: Ibrahim Ali satu lawan satu dengan Nik Abduh




Barisan Nasional (BN) tidak menghantar calon untuk dipertandingkan di kerusi parlimen Pasir Mas membuka laluan kepada pertandingan satu lawan satu antara Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali (Bebas) dan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Hanya Ibrahim dan Nik Abduh menyerahkan borang penamaan calon pagi tadi selepas calon BN Che Johan Che Pa gagal menyerahkan borang walaupun beliau hadir ke pusat penamaan calon.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mahu Ibrahim dicalonkan sebagai 'rakan BN' sambil meyifatkan Malaysia memerlukan pemimpin Ibrahim.

Ini merupakan kali ketujuh Ibrahim bertanding untuk kerusi Pasir Mas di mana sebelum ini beliau telah menang tiga daripada enam pertandingan menerusi tiga parti yang berbeza.

Kali terakhir beliau bertanding sebagai calon Bebas pada tahun 2004. Pada pilihan raya 2008, beliau bertanding atas tiket PAS sebelum mengumumkan keluar parti.


Sumber




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...