Oleh Abu Hassan Adam
[ULASAN] Kedudukan PKR di Selangor masih amat tidak menentu. Pergolakan dalaman masih belum reda. Pelbagai strategi diatur oleh pihak-pihak yang bertikai untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.
Walaupun kini sudah pasti Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan) tidak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, persoalannya tetap sama apakah beliau akan diangkat menjadi menteri besar jika bertanding dan menang?
Jika demikian sudah tentu ego Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan tercalar. Bunga-bunga keresahan Khalid dapat dilihat daripada “syarat” yang diletakkannya ketika memberi komen tentang kemungkinan Kak Wan menjadi menteri besar.
Kata Khalid, seseorang calon menteri besar mestilah pemastautin tetap di Selangor sedangkan Kak Wan tinggal di Segambut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sama ada isu pemastautin memang syarat menjadi menteri besar di Selangor, sukar dipastikan. Namun bila dibaca nada komen Khalid itu ia membayangkan rasa keberatan beliau menerima presiden parti itu menjadi menteri besar.
Bersediakah Khalid untuk melepaskan jawatan menteri besar
Begitu juga sebaliknya. Jika Kak Wan bertanding dan menang di Selangor, adakah beliau sanggup menjadi Exco dan menerima arahan daripada Khalid walhal beliau adalah presiden PKR?
Keadaan pelik ini membayangkan memang banyak yang tidak kena dalam PKR. Seteru Khalid ialah Timbalan Presiden, Azmin Ali. Beliau juga adalah Ketua Perhubungan PKR Selangor.
Lebih penting lagi, Azmin ialah Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat. Mungkin untuk meredakan ketegangan di antara Azmin dengan Khalid, Kak Wan cuba mencelah dengan membayangkan akan bertanding kerusi DUN Selangor.
Bisikan isyarat Faekah kepada Wan Azizah
Strategi ini tidak sukar Khalid dilakukan. Beliau hanya perlu mengarahkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin, untuk membisikkan pada Kak Wan supaya mengisyaratkan kepada media kemungkinan beliau bertanding di DUN Selangor.

Selain itu, demi mengelak Azmin “mengganggu” kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor, Khalid menggunakan taktik menggertak. Sebab itu sebelum Parlimen dibubarkan Rabu lalu, Khalid sudah tiga kali mengugut untuk membubarkan Dewan Negeri Selangor lebih awal.
Mungkin Khalid mahu menghantar mesej bahawa di Selangor, beliaulah yang berkuasa. Pihak parti usah masuk campur. Keangkuhan Khalid ini memang konsisten. Jika beliau jurang senang dengan keputusan parti, beliau akan memilih untuk tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR.
Anwar “mati akal” dengan kerenah Khalid
Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lazimnya akan “mati akal” dengan karenah Khalid. Syor dan arahan beliau selama menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, sering tidak dihiraukan oleh Khalid.
Baca selebihnya di sini
No comments:
Post a Comment