Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, April 25, 2013

Pelaksanaan TEKS1M, Satu Lagi Manifestasi Cemerlangnya Transformasi




Janji kerajaan Barisan Nasional, janji ditepati! Sungguh! Nak tipu buat apa? Pentadbiran kerajaan sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mewarisi tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi memang dilihat begitu bersungguh-sungguh di dalam melakukan transformasi.

Pelaksanaan dasar transformasi ini pula seperti mana yang boleh kita lihat bukan setakat melibatkan sesetengah sektor semata-mata. Bahkan boleh dikatakan meliputi hampir keseluruhan aspek pentadbiran serta perkhidmatan kerajaan.

Dan hasil daripada pelaksanaannya juga bukan sekadar dirasai oleh golongan-golongan tertentu sahaja seperti yang difitnahkan oleh ‘pihak tertentu’ yang diterima bulat-bulat pulak tu oleh golongan ‘Menurut Apa Sahaja Cakap Anwar Ibrahim’ = MACAI, tanpa ada usul periksa.

Jujur Ketam katakan, kesungguhan Najib ini memang benar-benar dapat dilihat. Maksudnya, kita boleh lihat sendiri betapa pemimpin nombor satu negara ini begitu bersungguh-sungguh berusaha mencapai matlamatnya di dalam mengotakan janji-janji beliau kepada rakyat di negara ini. Tak salahlah kalau prestasi beliau ini dinilai melepasi paras KPI. Dedikasi serta komitmen yang ditunjukkan ini, Ketam percaya sebenarnya telah menggugat sedikit-sebanyak kedudukan pakatan pembangkang yang sikit waktu dulu sudah mula confident sangat-sangat akan dapat rampas Putrajaya.

Apakan tidak, dalam pentadbir-pentadbir negeri ‘jajahan’ mereka ini berterusan gagal mengotakan janji-janji manis yang dijual kepada rakyat sebelum ini, sementara di sebelah BN pula rakyat saban hari menikmati satu persatu nikmat daripada pelaksanaan janji-janji sebelum ini.

Dan masih mengekalkan sifat ego serta bongkak, pimpinan Pakatan ini seolah-olah tiada perasaan malu gagal mengotakan janji, telah meminta diberikan peluang sekali lagi oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini nanti. Lebih menyakitkan hati lagi, tiada langsung unsur-unsur mengaku salah sendiri ataupun meminta maaf sebaliknya menggunakan alasan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakannya. Apa punya alasan ni weh!

Manakala di peringkat kerajaan pula, sambil mempersetankan puak-puak Pakatan ini dengan madah berhelah mereka, dalam diam tak diam satu lagi manifestasi janji ditepati telah dilaksanakan dengan begitu bergaya sekali.

Susulan daripada pengumuman lesen teksi individu kepada pemandu teksi oleh Najib Mac lalu di mana 1,000 pemohon pertama telah berjaya memilikinya di bawah program Teksi 1Malaysia (TEKS1M), Jumaat lalu berlangsung pula acara ‘memperkenalkan’ model Proton Exora yang akan dijadikan ‘modal’ untuk pemandu-pemandu teksi ini ‘cari makan’.

Bukan cikai-cikai beb kenderaan yang kerajaan hulur, Exora beb..special punya spesifikasi lagi tau! Harga pula bukan setakat berbaloi-baloi, dengan macam-macam spesifikasi yang disertakan sekali, kalau ada yang nak mengeluh jugak memang sengaja mintak maki namanya.

Setelah mengambil kira maklum balas dan kajian teknikal pelbagai pihak demi memastikan pemandu teksi menikmati yang terbaik sekali, kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah memasukkan beberapa ciri tambahan kepada TEKS1M Exora bagi memberi kepuasan kepada semua peringkat baik pengguna iaitu penumpang, pemandu dan pengusaha teksi itu sendiri.

Antara ciri-cirinya adalah tempat duduk belakang berhawa dingin, kemasan pada ruang tangki NGV, warna dwi tona keemasan, mesin pembayaran kad debit dan kredit.

Selain itu, pemohon boleh memilih untuk samada mahukan yang bertransmisi automatik ataupun manual bergantung kepada citarasa masing-masing. Tambah lagi, exora ini turut dibekalkan sistem perayauan, peranti sistem kedudukan global (GPS), beg udara, sistem brek antikunci, brek agihan elektronik dan sarung kerusi kulit! Banyak tu upgrade!!! Harga? RM59,000 seunit, di mana harga asal sebuah exora adalah RM64,000.

“Nak murah lagi apa benda!! Da upgrade macam-macam kot! Tak tau syukur ke?” cakap gitu kalau ada puak-puak penghasut cuba nak bakar line..Puak-puak ni memang tak tau malu..Dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan untuk manfaat rakyat bersama, depa ambik jugak..Tapi tak reti bersyukur..

Sementara itu menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, lesen individu sejak dilancarkan 25 Mac lalu, pihaknya telah menerima lebih 12,000 permohonan dari seluruh negara. Maknanya, terbuktilah usaha ini diterima baik oleh para pemandu teksi di negara ini. So tak betullah dakwaan ‘puak-puak’ tu yang kerajaan ni tak menjaga kebajikan pemandu teksi. Dasar pakatan haprak..tak sudah-sudah tabur fitnah…Pastu tak malu dok jaja sana-sini kata kena fitnah..puiii!!

Apapun, Ketam turut tumpang gembira sebenarnya tengok geng-geng pemandu teksi kita ni tak diabaikan oleh kerajaan. Berturut-turut usaha yang dilaksanakan di dalam membantu meringankan beban golongan ini. Antaranya ialah Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) dan Bantuan Tayar 1Malaysia (BT1M). lepas tu belum pun sampai setahun, dapat pulak lesen teksi individu. Syukur..Inilah berkat memilih pemimpin yang tepat untuk memacu pentadbiran negara. Pemimpin yang katanya dikota! Bukannya pemimpin yang sekadar pandai berkata-kata semata.

Adios!




1 comment:

  1. 12000 mohon ... yg dapat 800 org.

    nak bagi pon x ikhlas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...