Uish..berat ni..Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dah tak berapa lama sangat je lagi ni, nampaknya semakin terdedah kerapuhan kerjasama di kalangan parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP. Walaupun pemimpin-pemimpin mereka cuba menyorokkan konflik yang sedang membadai pakatan mereka itu, tapi nampaknya makin hari macam makin kritikal situasinya.
Memang selama ni kita dah naik muak dengar cerita tentang betapa tak sebulunya mereka ini sesama sendiri. Masing-masing main wayang tunjuk konon-kononya betapa mesranya, akrabnya, sejatinya persahabatan mereka ini. Siap ada video ‘Mat dan Lim’ lah nak tunjuk keakraban ‘adik abang’ dalam gagasan mereka itu.
Tapi yang tak sedapnya, elemen ‘balun-membalun’ antara satu sama lain pon sama naik sekali. Berdasarkan pemerhatian Ketam, puak-puak ni dulu kalau nak membalun geng dia pon biasanya ‘cover line’. Tapi nak dekat pilihanraya ni dah takda nak cover-cover da, bagi tepek je terus.


Balik cerita Ustaz Hadi..Dalam malam tu pung pang pung pang balun calon PKR, alih-alih esoknya PAS tarik balik tiga daripada tujuh calon di kerusi yang bertindih tu sementara PKR lak tarik tiga jugak di Terengganu. Yang terbantut cuma kerusi DUN Kota Damansara. Dengan persetujuan ini, depa announce benda dah setel. Amboih..mudah sungguh…

Balik pada cerita hubungan antara komponen Pakatan..Ketam percaya mereka kini sebenarnya sedang mengalami krisis yang paling meruncing sekali. Faktor, Ketam percaya akibat terlalu yakin mereka akan berjaya merampas Putrajaya, sudah mula timbul pula perasaan tamak di mana ego pemimpin-pemimpin tertentu sudah mula menguasai diri. Masing-masing tidak mahu mengalah dan cuba menonjolkan yang parti masing-masing lebih dominan. Tindakan PAS letak calon di tujuh kerusi itu adalah salah satu contoh PAS ingin menunjukkan yang mereka itu lebih ‘superior’ pada pendapat Ketam.

Dan berdasarkan itu, Ketam dapat merasakan yang PAS kini sebenarnya bersendirian..krisis kepercayaan telah mula menghantui mereka semula. Lebih teruk lagi, kali ini bukan setakat daripada DAP, tetapi PKR juga telah mula menunjukkan keraguan mereka terhadap PAS. Makanya di sini, perasaan Ketam kuat mengatakan apa yang selama ini Ketam ramalkan, iaitu PAS ada game mereka sendiri, nampaknya dah hampir-hampir nak menjadi realiti. Apa game PAS itu Ketam tak pasti..Tapi ianya bergantung juga kepada ‘gamble’ atau tak sahaja Hadi nak langgar Anwar dan Kit Siang. Kalau tengok kepada Hadi punya ‘u-turn’ tentang tarik tiga calon tu, nampak macam gagal..Tapi bila memikirkan yang dia tetap keras tak nak tarik di Kota Damansara tu, ada keras jugak..
Apa pun kita tengok sahaja apa yang bakal berlaku pada hari mengundi nanti. Nampaknya memang tak syak lagi pilihanraya kali ini memang layak digelar ‘ibu segala pilihanraya’ kerana banyak elemen-elemen yang tak dijangka sudah berlaku buat masa ini. Lagi gila babinya siap ada letup-letup bom bagai..apa kejadahnya!
Adios!
No comments:
Post a Comment