Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, April 12, 2013

Bekas Rakan Seperjuangan Anugerahkan Anwar Gelaran 'Pelakon Terbaik Abad Ini'





oleh Shuhaniza Said

Di kala asyik mempengaruhi rakyat melalui siri jelajah ceramah dan sebagainya, temberang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuka sendiri oleh mereka yang pernah bergelar sahabat karib beliau.

Bagi bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar, beliau hanya menyedari pembohongan Anwar apabila mendapati bahawa Ketua Umum PKR itu mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kumpulan pro zionis dan Amerika Syarikat.
Menurut Chandra yang kini Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), siri pembohongan Anwar terlalu banyak, yang mana kesemuanya dilakukan dengan matlamat untuk meraih simpati rakyat seterusnya memudahkan perjalanannya menerajui Putrajaya.  

"Saya menganggap beliau sebagai seorang individu yang tidak boleh dipercayai kerana cakap tak serupa bikin. Kerana, maaf cakap lah ya, beliau macam bersifat hipokrit dalam politik beliau dan beberapa aspek yang lain.

"Dan saya berpendapat bahawa kerana politik Anwar macam politik 'chameleon', macam menyesuaikan diri dengan keadaan," katanya kepada Antarapos.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyifatkan Anwar sebagai pelakon handalan Malaysia, ekoran tindakannya yang ingin bertanding kembali di Permatang Pauh.

Anwar sebelum memuktamadkan keputusannya untuk bertanding kerusi Permatang Pauh pernah berkata ingin bertanding di Perak.

"Saya tidak terkejut dia nak kembali bertanding di Permatang Pauh sebab rakyat sudah faham perangai Anwar, seorang pelakon Bollywood handalan di Malaysia.

"Dia cakap nak bertanding di Perak pun sekadar mahu mendapat simpati daripada pengundi dan penyokongnya di Permatang Pauh. Saya percaya dia tidak akan diterima di Perak. Kalau bertanding di sana pun, sebelum pilihan raya dia sudah kalah," katanya dipetik dari akhbar Utusan Malaysia.

Chandra turut memberikan beberapa contoh penipuan yang dibuat Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut semata-mata demi kepentingan politik beliau. 

"Kes arsenik bahawa beliau diracun itu memang satu rekaan, begitu juga dengan kes (penipuan) lain, bahawa beliau disuntik dengan virus HIV/AIDS itupun satu pembohongan. Ada beberapa episod sedemikian rupa," kata beliau lagi.

Anwar pelakon terbaik abad ini

Manakala, Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobala Krishnan yang pernah bersama-sama berjuang bersama Anwar dalam parti turut meninggalkan pemimpin tersebut, setelah menyedari pemimpin sanjungannya 'kaki temberang'.

Kata beliau, beberapa pemimpin tertinggi parti tersebut yang dahulu 'hidup mati' bersama Anwar, mula beransur-ansur meninggalkannya.


Sambung Baca





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...