Pagi ini Ketam menerima satu berita yang tak berapa syok nak didengar..Otai politik negara, Tan Sri Syed Hamid Albar umum yang beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya iaitu Kota Tinggi..Ini sesungguhnya kehilangan yang besar terutamanya buat pengundi di Kota Tinggi yang amat menyayangi beliau sebagai seorang wakil rakyat..Ulasan lanjut menyusul..Berikut kenyataan akhbar yang Ketam terima pagi ini...
Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya tidak akan bertanding di dalam Pilihanraya ke 13. Keputusan ini sebenarnya telah lama dibuat tetapi tidak diumumkan kerana saya perlu memastikan semua perkara adalah dalam keadaan teratur sebelum sebarang pengumuman dibuat.
Memandangkan kerja saya telah selesai, saya kira masanya telah tiba untuk saya membuat pengumuman bahawa saya tidak akan bertanding didalam Pilihanrya yang ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Saya telah berkhidmat dibawah tiga Perdana Menteri dan telah menjadi Ahli Parlimen selama lima penggal. Ianya satu masa yang panjang dan amat memuaskan kerana saya dapat berkhidmat kepada rakyat Kota Tinggi, secara khususnya dan kepada negara secara amnya, sebaik mungkin.
Walaupun begitu, masanya telah sampai untuk muka baru mengambil alih dan saya berharap sesiapa pun yang dipilih oleh pucuk pimpinan dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan dan parti kerana telah memberi saya peluang untuk bekerja untuk rakyat dan kepada pengundi di Kota Tinggi atas sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.
Saya berharap dan percaya pengundi Kota Tinggi akan memberikan sokongan yang penuh kepada sesiapa pun yang dipilih oleh pucuk pimpinan sebagai calon seperti sokongan yang telah saya terima sepanjang tahun-tahun perkhidmatan saya sebagai Ahli Parlimen.
Ikhlas,
Syed Hamid Albar
No comments:
Post a Comment