Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, June 07, 2013

'Pelan-pelan kayuh'..Ranking Harimau Malaya Naik Dua Anak Tangga




Ranking terkini pasukan kebangsaan yang dikeluarkan FIFA menyaksikan skuad yang dikendalikan jurulatih Datuk K Rajagobal itu naik dua anak tangga iaitu dari ranking 161 bulan lalu ke ranking 159.

Sementara di kalangan negara-negara rantau ASEAN pula, skuad Harimau Malaya ini kekal di kedudukan kelima di belakang Vietnam (133), Thailand (142), Filipina (144) dan Myanmar (155).

Di kalangan 46 negara Asia, Malaysia berada di kedudukan ke 31.

Sementara itu Sepanyol masih mengekalkan kedudukannya di tangga teratas ranking yang meliputi 209 negara ini diikuti oleh Jerman dan Argentina.

Juara dunia lima kali, Brazil, berada di kedudukan terendah yang pernah dicatatnya iaitu di ranking ke 22.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...