Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, February 17, 2013

Ustaz Nasha Kena pecat ke, tak kena pecat?






Kena pecat ke, tak kena pecat? Kena ke, tak kena? Lebih kurang macam tulah persoalan yang bermain di minda penganalisis-penganalisis politik, reporter-reporter, strategis Barisan Nasional, mereka-mereka yang mengikuti perkembangan politik negara, Nasharudin Mat Isa dan mereka-mereka yang tidak ada hubungan dengan PAS.

Siapa yang nak kena pecat? Apa kes? Ha..itu persoalan yang bermain kat minda korang sekarang setelah baca perenggan first tu kan..kehkehkeh..Sebenarnya persoalan tersebut berkisarkan kepada masa hadapan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa di dalam parti yang memperjuangkan Islam itu susulan beberapa tindakannya sejak kebelakangan ini yang dilihat tidak sejajar dengan parti. Rasanya background kes Ustaz Nasha ni semua orang da sedar kot. So rasanya tak perlu Ketam ulas lagi supaya dapat kita tumpukan kepada fokus utama posting ini iaitu untuk ‘main teka-teki’ atau ‘spekulasi’ atau sesetengah orang labelkan ‘fitnah’ tentang ‘kena pecat ke, tak kena pecat?’

Hilang Kedudukan Dalam Majlis Syura

Setakat yang diketahui hingga kini, ahli Parlimen Bachok itu cuma telah kehilangan kedudukannya dalam Majlis Syura. Dan berdasarkan apa yang berlaku terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, banyak pihak yang menjangkakan pimpinan PAS akan mengambil tindakan serupa terhadap beliau. Ini berikutan tindak-tanduknya yang sejak kebelakangan ini makin ketara menongkah arus perjuangan PAS termasuklah dilihat semakin rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, tindakan konsisten Nasharudin di dalam mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua dan memandang enteng masalah perpecahan umat sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.


Nasihat Dibalas Kecaman

Bagaimanapun, kelantangan suara Nasharudin itu dikecam oleh beberapa kepimpinan parti dengan mendakwa beliau sebagai 'orang luar' yang dihantar oleh Umno untuk menggugat Pakatan Rakyat.

Biarpun perkara ini telah agak lama berlanjutan dan beliau masih lagi konsisten dengan kelantangannya, namun respon yang diterima dari pimpinan PAS masih lagi tetap hanya memberikan kecaman, kecaman dan kecaman. Di sinilah timbulnya persoalan ‘kena pecat ke, tak kena pecat?’ tu. Ini kerana dari perspektif budak mentah macam Ketam ni, Ketam rasa berdasarkan tindak-tanduk Ustaz Nasha tu, da berkali-kali da patutnya dia dikenakan tindakan disiplin. Ketam mention berkali-kali tu pasal nak stresskan yang bukan sekali dua dia bikin panas, banyak kali da kot. Kiranya kalau dari awal dia dikenakan tindakan, rasanya sekarang ni da patut peringkat kena pecat da. Itu ikut logik Ketamlah..

Dan jika kita lihat dari sudut lain pula, Ustaz Nasha sendiri, jika diteliti dari kenyataan-kenyataan yang dibuatnya, nampak macam da frust gila da dengan PAS ni. Nampak sangat da dia ni kecewa dan takda hati lagi da dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ni. Tapi pelik juga pasal dalam beliau kondem, tapi beliau masih lagi mahu kekal berada di dalam parti itu. Kalau diikut logiknya juga, patutnya kalau da takda hati baik beliau berundur cara elok. Tapi perkara tersebut tak berlaku.


Batu Penghalang

Berdasarkan kenyataan-kenyataan beliau, dan logik kenapa tak undur diri sahaja dari parti, Ketam berpendapat kemungkinan besar ada sesuatu yang menghalang beliau daripada keluar dari PAS. Ketam ulang, ‘berpendapat’..

Setelah puas cuba relatekan satu persatu isu yang pernah dihighlightkan dengan PAS di dalam nak ‘merungkai’ (cewah) kemungkinan apakah yang menghalang beliau keluar, (ala-ala poyo gak ayat ni sebenarnya :p), akhirnya Ketam dapati terdapat satu isu yang relevan untuk dikaitkan..’Baiah’ ataupun sumpah untuk setia dalam PAS..

Tidak berapa lama dahulu, pernah sensasinya cerita berhubung setiap calon-calon PAS yang diwajibkan untuk bersumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai tanda kesetiaan kepada parti. Dan walaupun belum pergi kursus kahwin lagi, tapi berdasarkan apa yang Ketam belajar time sekolah dulu, talak tiga ini termasuk dalam kategori Talak Bain Kubra yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.

Makanya apa yang Ketam cuba bangkitkan di sini ialah, Ketam rasa kalau nak diikutkan da lama da Ustaz Nasha tinggalkan PAS ni. Tapi dek kerana ‘mungkin’, one more time..’mungkin’ beliau waktu nak dicalonkan dulu telah mengangkat sumpah sedemikian, justeru nak tak nak terpaksalah beliau buat keras je stay. Satu-satunya jalan yang Ketam nampak untuk beliau tidak lagi terkongkong dengan PAS yang pernah dicintainya dulu, tapi kini sudah lari dari perjuangan katanya, ialah dipecat seperti yang berlaku kepada Datuk Dr Hassan Ali.


Gantung Tak Bertali

Dan Ketam juga percaya yang Ustaz Nasha sendiri memang mahu dirinya dipecat. Sebab tu lah kita tengok dia sudah ‘tekan on <jarak> hentam’ dengan harapan dirinya akan dipecat. Tapi sebaliknya terjadi bila mana beliau seolah-olah digantung tak bertali oleh pimpinan PAS. Tiada tindakan dikenakan kepadanya.

Melihatkan sekiranya benar situasi ini, apa yang boleh disimpulkan ialah PAS sekarang ni tidak lagi main-main. Mereka kini semakin serius di mana sesiapa yang mengkhianati mereka akan terpaksa menanggung hukuman yang maha berat sekali seperti mana yang sedang dialami Ustaz Nasha ketika ini. Sudah tidak sehaluan dengan parti, tapi tak boleh nak tinggalkan. Peh..terseksa batin..

Dalam situasi Ustaz Nasha, beliau mendakwa PAS kini sudah lari dari perjuangannya..Sudah tidak lagi mengutamakan soal agama, akidah umat Islam dan sebagainya sebaliknya hanya mengejar kuasa. Dan sekiranya dakwaan beliau ini benar, cuba bayangkan situasi sekiranya sementara nak tunggu pencalonan baru untuk PRU13 ni tiba, beliau meninggal dunia!! Bermakna beliau meninggal dalam keadaan menyedari dan bersekongkol dengan parti yang sudah lari dari perjuangan Islam..untuk tidak lagi bersekongkol, beliau akan terpaksa bercerai pula dunia akhirat dengan isteri tercinta..Peh..Berat sungguh hukuman PAS ni..Nampak macam ‘cool’ je kan tak buat apa-apa pun..

Justeru Ketam berpandangan Ustaz Nasha sengaja tidak dipecat oleh pimpinan PAS untuk menyeksa batin beliau dunia akhirat. Dan sekiranya teori atau spekulasi Ketam ini benar, ini bermakna PAS sebenarnya sudah berlaku zalim terhadap Ustaz Nasha. Seharusnya mereka memecat Ustaz Nasha jika dirasakan beliau adalah liabiliti terhadap PAS di dalam menghadapi PRU13 nanti. Usah terus beliau dizalimi dengan cara yang halus ini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...