Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, February 17, 2013

PAS Main Wayang Ugut Mahu Tinggalkan Pakatan



Tindakan PAS mahu keluar PR hanya drama politik

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu mungkin keluar dari pakatan pembangkang sekadar drama dan cakap politik sahaja.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata PAS sebenarnya dalam keadaan tertekan kerana parti itu kini terbukti tidak memperjuangkan Islam khususnya dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa PAS mungkin keluar pakatan pembangkang sekiranya merugikan Islam.

Katanya, PAS tidak akan mampu menyelesaikan isu-isu yang telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam dan dalam masa sama ia memerlukan undi penyokong DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Mohd Ali berkata demikian selepas merasmikan penutup program Perkhemahan Bersama Bersatu Zon Selatan di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam, PAS seharusnya menghalang serta menegur Pengerusi DAP Karpal Singh daripada mencampuri hal ehwal Islam.

Dalam usaha untuk meredakan kebimbangan pengikut tegar parti itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR tidak merugikan orang Melayu dan Islam.

Berucap di Kuala Nerus, Hadi mendakwa PAS sedia keluar daripada Pakatan Rakyat jika kerjasama itu tidak memberi manfaat kepada Islam dan orang Melayu.


Baca selebihnya di sini..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...