oleh: Shawaliah Hadir
SHAH ALAM: Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila baginda melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai jahil Perlembagaan Persekutuan.
Malah, Timbalan Presiden Jalur Tiga(JATI), Datuk Aidit Ghazali turut mempersoalkan kebolehan Ketua Umum PKR itu untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.
Katanya, berdasarkan kedangkalan Anwar itu beliau tidak layak untuk memegang jawatan tersebut apatah lagi untuk mentadbir kerajaan.
Justeru, Aidit mahu Anwar mengkaji semula peruntukan Perlembagaan Persekutuan jika mempunyai hasrat untuk menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat ini.
"Nampak sangat kedangkalan dan kejahilan atas perbuatannya itu. Macam mana lagi mahu jadi Perdana Menteri kalau tentang peruntukan dan intipati Perlembagaan Persekutuan dan hak-hak mutlak yang jatuh kepada raja-raja Melayu tidak faham.
"Itu bukan hak dia untuk mempertikaikan perkara yang jelas ada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Baca selebihnya di sini
No comments:
Post a Comment