Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, January 10, 2013

Stadium Merdeka:Tapak semaian politik kebencian?



oleh Zeanaaiama Mohd Yusof

ULASAN: Setelah gagal meyakinkan pemimpin-pemimpin NGO untuk menganjurkan Bersih 4.0, Pakatan Rakyat khususnya PAS menganjurkan apa yang digelar Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur Sabtu ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, sejuta orang akan menyertai perhimpunan itu dan pihaknya tegas mahu ia diadakan di Stadium Merdeka, yang hanya boleh memuatkan 50,000 orang.

Mohamad Sabu belum memberitahu di mana beliau bercadang menempatkan baki 950,000 peserta, sebilangan besar yang dijangka merangkumi ahli PAS yang diturunkan daripada Kelantan, Kedah dan negeri lain.

Dengan meletakkan bilangan peserta begitu tinggi untuk sebuah stadium yang kecil, jelas PAS, DAP dan PKR merancang satu lagi pusingan tunjuk perasaan jalanan untuk membakar sentimen pengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Hishamuddin Rais, seorang ahli penganjur perhimpunan itu menegaskan peserta merancang untuk berkumpul di sekitar Stadium Merdeka jika tidak diberikan kebenaran berkumpul dalam Stadium itu.

Perhimpunan ini anjuran pembangkang. Ia diadakan hanya setelah pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Mat Sabu sendiri gagal meyakinkan jaringan NGO pimpinan Ambiga Sreenevasan untuk menganjurkan BERSIH 4.

Mat Sabu dan sepolan-sepolannya tahu bahawa BERSIH 1, 2 dan 3 berjaya mendapatkan “mileage” begitu tinggi untuk pembangkang dan harapan mereka berkecai untuk memperalatkan Ambiga dan aktivis lain sekali lagi.

Justeru, beliau bersama pemimpin pembangkang lain bertindak menganjurkan satu lagi perhimpunan raksaksa menjelang PRU ke 13.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ada agenda tersendiri

Ribuan ahli PAS dan penyokong pembangkang lain akan dibawa masuk ke Kuala Lumpur mulai Khamis untuk menjayakan himpunan itu.

Tujuannya bukanlah untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pemilihan adil.

Itu hanya alasan. SPR tidak mungkin terpengaruh dengan apa yang berlaku Sabtu ini. Ia lebih terikat kepada melaksanakan pembaharuan-pembaharuan yang dapat dilaksanakan pada PRU kali ini.

Contohnya penggunaan dakwat kekal, pelantikan pemerhati tempatan, tempoh kempen yang lebih panjang dan pembersihan daftar pengundi secara berterusan.

Jadi isu SPR hanya diguna sebagai helah untuk menghalalkan maksud sebenar perhimpunan pembangkang iaitu untuk mempamerkan kekuatan pembangkang menjelang PRU.

Namun “pameran” itu akan hanya memikat hati pengundi dan mendapat liputan media meluas jika perhimpunan itu mempunyai elemen-elemen seperti “kezaliman polis terhadap peserta yang tidak berdosa.”

Baca selebihnya di sini


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...