Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, June 01, 2013

Edisi 2 ‘Jangan Lupa’, Empat Kenyataan Hot Ustaz Hadi Ketika Berkempen PRU13




Edisi pertama ‘Jangan Lupa’ yang dipublish beberapa hari lepas telah menampilkan  dua Naib Presiden PKR iaitu Tian Chua dan Fuziah Salleh bersama-sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli. Klik untuk membacanya.

Untuk edisi kedua ini, Ketam memfokuskan kepada beberapa kenyataan-kenyataan yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu yang jangan sekali-kali kita lupa atau abaikan.

Seperti yang kita tahu, hubungan di antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP di kala PRU13 semakin hampir 5 Mei lalu dilihat agak goyah dengan masing-masing cuba menampilkan ketegasan mereka di dalam usaha meyakinkan para penyokong yang mereka masih relevan.

Tak nak ulas panjang, berikut ialah empat kenyataan Ustaz Hadi yang sempat Ketam himpukan untuk kali ini..Layan…


‘Umno Sial’

Sejak dari dulu lagi pemimpin PAS sememangnya diketahui gemar memaki pimpinan Barisan Nasional (BN) terutamanya Umno. Boleh dikatakan agak sukar berlaku di mana-mana ceramah anjuran PAS, penceramahnya tidak mencerca PAS. Ianya ibarat satu kewajipan ataupun pelengkap kepada sesi ceramah tersebut. Modal kata orang..Penonton yang hadir mendengar pun ibarat terhibur apabila pemimpin mereka memaki Umno.

Dan berlangsung di Setiu 24 April lalu, Hadi di dalam membela DAP berhubung isu hudud, telah melabelkan Umno sebagai ‘sial’. Menerangkan tidak mengapa untuk DAP menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu, tetapi dalam masa yang sama beliau memaki pendirian Umno tidak melaksanakan sistem tersebut.

Berikut adalah petikan ucapannya:

"Timbul masalah PAS nak melaksanakan hukum Hudud, DAP tak setuju..DAP tak setuju, tapi tak menentang..Umno, sial..dia menentang. 24 April, 2013, Setiu.


Merajuk Isu PM – ‘Saya Ke Laut Tak Apa’

Malam yang sama juga jelas kelihatan kekecewaan Ustaz Hadi terhadap rakan komponen PAS dalam Pakatan iaitu DAP. Ia susulan daripada kenyataan yang terlebih dahulu dikeluarkan oleh veteran DAP, Lim Kit Siang yang menyatakan kebimbangannya jika Ustaz Hadi menjadi Perdana Menteri.

Dan sebagai respon, ini yang dibalas Ustaz Hadi:

"Ada orang takut saya jadi Perdana Menteri, takpa saya tak ambil (jawatan) Perdana Menteri..ada orang takut sangat. "Saya ke laut takpa..," 24 April, 2013, Setiu.


Sumpah amalan Kristian

Di kala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berhadapan dengan skandal video seks individu mirip mereka, Ustaz Hadi telah tampil membela kedua-duanya dengan hujah bahawa amalan bersumpah menggunakan kitab sebagai amalan penganut agama Kristian. Justeru kedua-duanya tidak perlu bersumpah sebaliknya kerajaan perlu mendapatkan empat orang saksi terlebih dahulu.

Namun untuk PRU13, PAS yang goyang dengan krisis pemberontakan dalaman yang menyaksikan Datuk Hassan Ali terkeluar dari parti itu selain apa yang dapat kita saksikan dalam isu bekas Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, telah mewajibkan semua calon-calonnya untuk bersumpah laknat sebagai syarat kononnya bagi menggelakkan berlaku pengkhianatan. Rujuk PRU13: Hadi arah calon PAS sumpah laknat.

Kata beliau:

“Tiap-tiap orang calon yang bertanding ini ada sumpah dia. Percayalah, orang Islam percaya pada sumpah...percaya pada ikrar ini. Kerana kita tahu jadi wakil rakyat, jadi menteri, jadi kerajaan, ada dosa pahala.

“Oleh kerana itulah tiap-tiap orang calon kita yang bertanding ini, termasuklah saya sendiri, calon Parlimen, calon DUN yang bertanding ini daripada PAS, diminta berbaiah dan bersumpah.


Calon PKR Tangkap Muat

Tentu saja ini merupakan kenyataan beliau yang paling hangat diperkatakan sepanjang tempoh berkempen. Apakan tidak, keseriusan PAS ketika itu berhubung isu ini menyaksikan ia telah melanggar persetujuan yang sudah dicapai di peringkat Pakatan dengan meletakkan calon-calonnya di beberapa kerusi yang diperuntukkan kepada PKR. Rujuk - PRU13: Senarai Kerusi-kerusi Pertembungan PKR vs PAS

Alasan yang diberikan antara lainnya ialah calon-calon yang dikemukakan PKR adalah pengedar pil kuda dan berfahaman komunis. Rujuk Tindih Kerusi: Hadi Kata Calon PKR 'Tangkap Muat', 'Komunis', 'Jual Pil Kuda'


Petikan ucapan beliau:

“..gambar Karl Marx duduk dalam markaz, nak suruh orang pas kerja, Karl Marx ni macam Nabi Muhamad dialah, yang menganut idealogi komunis, idealogi komunis diharamkan di Malaysia,”

Transkrip Penuh Ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Tentang 'Jual Parti, Edar Pil Kuda dan Komunis'

Video berikut ada menyelitkan semua petikan-petikan ucapan Ustaz Hadi yang Ketam petik. Sila tonton dan lihat dengan mata sendiri.

Adios!







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...