Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, May 31, 2013

‘Si polan’ Gigit Jari Kaki dan Tangan Tengok Transformasi Mula Tuai Kejayaan..Plus, Cerita Bullet Train Woi!!





Waktu belajar di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) sedikit masa lalu, ada seorang pensyarah Ketam selalu angan-angan betapa bagusnya kalau di Malaysia ini adanya perkhidmatan ‘bullet train’ atau keretapi laju. Betapa urusan akan jadi lebih mudah dan pantas katanya kalau sistem ini wujud.

Kini, di dalam kita menuju ke tahun 2020, nampaknya angan-angan beliau akan menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan hasratnya untuk membawa perkhidmatan tersebut memasuki negara ini. Terbaiklah!

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini hasil daripada pertemuannya dengan Presiden Singapura, Lee Hsien Loong.

Projek yang dianggarkan menelan belanja lebih RM20 billion itu bakal mempercepatkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura. Jika buat masa ini perjalanan sejauh 400 kilometer dari Kuala Lumpur ke Singapura memakan masa 4 jam pemanduan, perjalanan pergi dan balik (dua hala) dengan bullet train dijangka hanya memakan masa 90 minit sahaja! Wow! Laju betul!

Memetik kenyataan Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohamad Nur Ismail seperti yang dilaporkan media baru-baru ini, pengumuman Perdana Menteri itu telah menarik minat pelbagai syarikat asing untuk melobi dan membida bagi kerjasama pembinaan yang mana menurut beliau, antara yang dilihat begitu berminat adalah beberapa syarikat dari Hong Kong dan China.

Syarikat-syarikat yang berpengkalan di Jepun, Perancis, Sepanyol dan Jerman juga katanya turut menunjukkan minat mereka untuk terlibat dengan projek ini. Peh!! Cayalah SPAD!! Nak cakap apa lagi? Nak cakap apa? Mana yang kutuk-kutuk sistem pengangkutan awam negara tu? Mana? Hehehe..melebih pulak Ketam..

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah perkembangan-perkembangan positif pembangunan negara yang dapat kita saksikan sekarang seperti bullet train ini, ianya adalah testimoni kejayaan dasar transformasi yang diperkenalkan pentadbiran Datuk Seri Najib sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Mengimbas kembali beberapa tahun ke belakang, ketika di peringkat awal Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau dilihat menanggung tugas yang amat berat untuk memulihkan semula imej Barisan Nasional (BN) yang ketika itu diibaratkan seperti ‘the sleeping giant’. Dan sejak itu macam-macam kritikan mula dilancarkan oleh puak pakatan haram jadah. 

Dah kalau nama haram jadah, mereka lupa setiap orang yang tidur itu akan bangkit. Bukannya tidur untuk selama-lamanya. Lainlah kalau mati. Tapi kalau mati, itu bukan tidur namanya. Eh dah lari konteks ni..kekeke…

Tidak seperti sebelumnya, kerajaan yang terus tidur walau dikritik sehebat mana sekalipun, di bawah Najib, setiap kritikan dijadikan teladan untuknya memperbaiki mana-mana kekurangan yang ada. Perlahan-lahan kerajaan di bawahnya ‘bangun dari tidur’. Puak haram jadah pun mula jadi mati kutu..modal serangan semakin hari semakin habis.

Salah satu bidang yang menjadi lauk makanan puak haram jadah ketika itu adalah sistem pengangkutan negara. Time tu puak haram jadah tutup sebelah mata je attack dasar yang digunakan negara dalam bidang pengangkutan ini.

Tapi itu cerita dulu..Menyedari situasi tersebut, Najib pada 2010 telah mengambil langkah mewujudkan SPAD sebagai medan transformasi pengangkutan awam darat negara. Dengan dipengerusikan oleh ‘otai’, Tan Sri Syed Hamid Albar, pelbagai inisiatif telah berjaya dirintis, yang rata-rata menunjukkan hasil yang positif setakat ini.

Perkara ini secara tidak langsung menyumbang kepada satu lagi kejayaan iaitu membuatkan puak haram jadah yang dulu berlagak guna sebelah mata je, kini terpaksa bermati-matian mengguna seluruh kudrat untuk menyerang bidang ini. Tu yang tinggal Liew Chin Tong je yang masih ‘menggagahkan’ diri. Yang lain-lain dah ‘terkorban’. Hehehe..ni point nakal ye.. :p

Ok serius..Beberapa hari lagi SPAD bakal berusia genap tiga tahun sejak dari penubuhannya. Apa kata kita jenguk atau imbas kembali beberapa pencapaian suruhanjaya ini dalam tempoh tiga tahun kebelakangan. Layan….

Antara Pencapaian dan Kejayaan SPAD Dalam Tempoh 3 tahun ini adalah:

  • Pembinaan MRT - Membina laluan MRT sepanjang 60km yang terdiri daripada 35 buah stesen. Projek ini dijangka memudahkan 1.2 juta penduduk sekitar Lembah Kelang. Dijangkakan seramai 442,000 pengguna sehari akan menggunakan MRT bila ia siap kelak.
  • Bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) - Meringankan kos selenggara yang terpaksa ditanggung pemandu teksi.
  • Bantuan Tayar 1Malaysia - Membantu para pemandu teksi dalam mendapatkan tayar percuma atau pada kadar berpatutan.
  • Insurans Berkelompok serta Khairat Kematian - Menyediakan insurans kelompok untuk pemandu-pemandu teksi.
  • Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, Hilang Upaya dan Kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berlesen dengan SPAD bagi Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk Sabah dan Sarawak
  • Pemberian Lesen Teksi Individu kepada 1,000 pemandu/pengusaha teksi. - Membuka peluang kepada para pemandu teksi bagi mendapat lesen teksi individu sekaligus meningkatkan pendapatan.
  • Perkhidmatan bas percuma Go-KL di sekitar kawasan Bukit Bintang. - Menjadi sebahagian daripada senarai pilihan bagi mendapatkan perkhidmatan awam. Paling penting ianya percuma!
  • Membenarkan teksi bandar beroperasi di KLIA - Sebagai mekanisme sokongan kepada perkhidmatan teksi limo sedia ada bagi memenuhi permintaan tinggi teksi pada satu-satu masa tertentu.
  • Menjalinkan usahasama dengan Proton untuk menghasilkan Proton Exora yang dipasang siap dengan pelbagai kemudahan canggih untuk dijadikan Teksi 1Malaysia (TEKS1M).

Ok serius lenguh..kita sambung dalam posting lain ya.. :p

Adios!!!

*Layan video lagu The Times ni: Singapura - Kuala Lumpur





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...