Untuk sesebuh parti politik memenangi hati anak-anak muda ataupun generasi baru supaya memberikan sokongan mereka, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah memastikan strategi yang digunakan itu tidak ketinggalan zaman. Bukan bermaksud strategi lama itu perlu dilupakan terus, tapi jika diletakkan urutan, strategi-strategi yang baru dan terkini seiring dengan peredaran zaman perlulah diutamakan dahulu.
Dan untuk itu Ketam memuji langkah Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah mengambil inisiatif yang pada Ketam bukan sekadar terkini, tetapi juga canggih dan seiring dengan trend generasi masa kini yang rapat dengan teknologi komunikasi seperti telefon pintar.
Bukan itu sahaja, approach mereka ini adalah susulan daripada satu lagi approach mereka sebelum ini yang terkini juga iaitu Radio Selangor Barisan Nasional atau SelangorBN.FM yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Jan lepas.. Maksudnya, idea mereka sebelum ini telah dikembangkan lagi dan tidak dibuat secara ala kadar.Dan untuk itu Ketam memuji langkah Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah mengambil inisiatif yang pada Ketam bukan sekadar terkini, tetapi juga canggih dan seiring dengan trend generasi masa kini yang rapat dengan teknologi komunikasi seperti telefon pintar.
Pembaharuan yang dilakukan itu ialah SelangorBN.FM kini boleh didengar menerusi telefon pintar yang boleh dimuat turun pengguna secara percuma melalui platform iOS di mana Ketam sempat join majlis pelancarannya yang telah berlangsung semalam dengan disempurnakan oleh Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dengan menaip 'selangorbnfm' di ruangan appstore atau pun google play sebelum menyimpannya ke dalam telefon masing-masing.
So apa tunggu lagi? Jangan nak ‘esok masih ada’ Bank Muamalat sangat..Pi muat turun sekarang jugak! Kehkehkeh…
No comments:
Post a Comment