Mungkin ramai yang tak perasan tentang peningkatan jumlah rakyat di negara ini yang berhadapan dengan masalah tekanan ataupun ‘stress’. Selain itu, pemerhatian penulis turut mendapati yang kesedaran rakyat di negara ini mengenai stress/depression masih di tahap yang rendah.
Buat mereka yang tidak pernah mengalaminya, gejala stress ini seolah-olah diambil mudah ataupun ia sebenarnya satu perkara yang remeh. Walhal, hakikatnya ia adalah punca yang bawa kepada bercambahnya kejadian-kejadian bunuh diri di negara ini.
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan seseorang menjadi stress. Ditambah lagi dengan tuntutan hidup masa kini yang semakin meningkat, secara tidak langsung turut menyumbang kepada penularannya di kalangan penduduk di negara. Dan secara peribadi, penulis berpendapat sekiranya masyarakat di negara ini lebih peka mengenai gejala stress ini, keadaan seperti bunuh diri itu boleh dielakkan.
Penulis turut berpendapat yang kebanyakan daripada rakyat Malaysia tidak tahu cara yang sebenarnya berhadapan dengan individu yang mempunyai masalah ini. Dan disebabkan itu, ‘usaha-usaha’ untuk membantu pesakit stress, secara sedar tak sedar sebenarnya menambahkan lagi tekanan kepada individu tersebut. Kata-kata yang dianggap nasihat untuk menaikkan semula semangat pesakit stress, sebenarnya tak salah jika disifatkan sebagai ‘tak guna/takda manfaat’ kepada individu tersebut samada beliau adalah ahli keluarga atau kawan.
1. “Orang lain lagi teruk kau tahu tak!”
Percayalah, kata-kata ni langsung tak membantu! Mereka yang depressed sebenarnya menginginkan seseorang di sisi mereka untuk memberikan sokongan. Anda tak perlu cakap apa-apa kalau anda tak tahu nak cakap apa sekalipun. Kehadiran anda sudah lebih dari cukup. Kehadiran anda akan lebih bermakna jika diiringi kata-kata yang keadaan akan menjadi lebih baik dan anda akan sentiasa ada memberikan sokongan kepadanya.
2. “Hidup ni memang susah”
Kata-kata ini mungkin hanya akan memburukkan lagi perasaan penderita depression, bukannya membantu mereka. Adalah lebih membantu mereka sekiranya anda melahirkan rasa simpati terhadap mereka dan memaklumkan yang anda bersedia untuk membantu mereka melalui situasi yang sedang dihadapi.
3. “Kau kena terima semua ini”
Ayat ini memberi gambaran yang salah kepada pesakit stress. Ia menambahkan lagi perasaan untuk mengasingkan diri yang dialami oleh pesakit stress. Cara terbaik adalah menghantar SMS atau menelefon mereka dan beritahu yang masih ada orang yang ambil berat tentang mereka.
4. “Kau ni introspektif sangat!”
Ini menggambarkan seolah-olah depression itu hanyalah masalah kecil. Ia seolah-olah menunjukkan anda adalah seorang yang judgmental. Cara terbaik untuk menunjukkan kasih dan sayang anda adalah dengan mengelakkan daripada membuat kenyataan-kenyataan begini yang hakikatnya lebih mengasingkan individu tersebut.
5. “Kau ni sensitif sangat!”
Kata-kata ini memperkecilkan mereka yang menderita tekanan kerana mereka akan merasakan yang penyakit mereka itu tidak lebih daripada masalah perwatakan. Pendekatan yang lebih baik adalah dengan mengajak individu tersebut keluar berjalan untuk mengambil angin. Anda boleh cuba untuk menggalakkan mereka keluar dan buat sesuatu setiap hari.
6. “Hidup perlu diteruskan”
Hidup di dalam tekanan ibaratnya anda mempunyai beban yang sangat berat di dada anda. Dengan memberitahu pesakit depression kata-kata ini, ia menunjukkan yang anda sebenarnya langsung tidak peduli.
Baca selebihnya di sini
No comments:
Post a Comment