Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, September 11, 2013

UM Kekal Prestasi Universiti Terbaik di Malaysia


Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukannya selaku institusi pengajian tinggi terunggul di Malaysia sekalipun turun 11 anak tangga pada ranking universiti dunia 2013/14 yang dikeluarkan QS Intelligence Unit baru-baru ini.

Berdasarkan ranking terkini itu, UM secara keseluruhannya berada di hadapan lebih 2000 universiti lain di dunia.

Mengiringi UM dalam senarai tersebut adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 269, Universiti Sains Malaysia (USM) - 355, Universiti Putra Malaysia (UPM) -411-420, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - 501-550, Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) -701+ dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 355.

Di kalangan universiti-universiti tersebut, hanya UTM yang berjaya memperbaiki kedudukannya iaitu dari kedudukan ke 358 tahun lalu kepada kedudukan ke 355 tahun ini.

Secara amnya Ketam berpendapat ia sememangnya sesuatu yang membanggakan apabila melihat kehadiran institusi dari negara ini di dalam ranking yang diiktiraf dunia ini. Ia secara tidak langsung adalah manifestasi bahawasanya dunia mengiktiraf usaha negara di dalam meraikan penyebaran ilmu di negara ini.

Cumanya alangkah indahnya jika ada di antara universiti ini yang berjaya meletakkan kedudukannya pada tahad top 20 atau top 50. Paling tidak, setiap universiti yang wujud di negara ini berada di dalam ranking tersebut. Pasti ia sesuatu yang lebih membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia.

Apapun, Ketam percaya ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Sama-samalah kita berdoa agar keamanan dan keharmonian yang dirasai di negara pada masa ini akan terus berkekalan. Amin..

Adios!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...