Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, May 05, 2013

Calon PRU13 paling tua, Tok Mun ditipu





Calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) paling tua, Maimun Yusuf terpaksa berjalan sejauh satu kilometer untuk pulang ke rumahnya di Kampung Panji Alam selepas ditipu.

Wanita 94 tahun itu yang menunaikan tanggungjawab membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman pagi tadi berkata kenalannya berjanji untuk mengambil dan menghantar beliau ke pusat mengundi.

Namun Maimun mendakwa individu berkenaan tidak kelihatan selepas mengambil wang daripada beliau.

Beliau yang juga dikenali sebagai Tok Mun berkata beliau menunggu rakannya sejak 7 pagi walau bagaimanapun meminta pertolongan jirannya untuk menghantar beliau ke pusat mengundi.

Tok Mun bertanding calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke rumah walaupun beberapa pemberita menawar untuk menghantarnya pulang.


Sumber





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...